Setiap kita memiliki Rahsia unik disebalik tarikh kelahiran kita. Takdir kelahiran kita ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Saat kelahiran seseorang dilihat sebagai saat insan tersebut hadir (lahir) ke sistem alam yang sedia pada kitaran dan ketetapannya. Lalu, memahami rahsia tarikh pada hari tersebut umpama membongkar POTENSI DIRI yang tersembunyi. Potensi ini memiliki kekuatan & kelemahannya. Pertembungan nombor-nombor pada digit-digit tarikh menyimpan maklumat-maklumat yang tersendiri. Banyak kaedah untuk membongkar rahsianya. Ada yang berlatar-belakangkan ilmu falaq, i-ching, astronomi, astrologi dan sebagainya.

Membongkar RAHSIA ini merupakan sebuah pengalaman yang menarik. Bukan menilik nasib, namun melihat pattern atau corak yang membentuk kebarangkalian yang mempunyai daya ketepatan yang tinggi. Umpama ahli astronomi & astrologi mengkaji alam untuk mengetahui arah tiupan angin, cuaca, peredaran bintang, peralihan bulan, waktu solat, perubahan musim, tarikh berpuasa, hari raya dan lain-lain.. ianya mempunyai POLA CORAK yang boleh dikodkan. Menyah-kodkannya akan memberikan beberapa maklumat berguna untuk PANDUAN manusia.

Dengan panduan ini, kita buat perancangan kehidupan kita sendiri. Kita yang buat skrip kehidupan kita, bukan dari orang lain.

Jadi, apakah rahsia anda semua? Saya dah tahu rahsia saya dan dah pun buat perancangan 2009, 3 tahun lagi dan 5 tahun lagi.

Jumpa lagi.