workshop


Huraian Rahsia Tarikh Lahir untuk Yani. Kod Asas = 8

Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain. Kawan-kawan ramai yang berkongsi masalah dengan u. Lagipun u ada kelebihan pada suara. Dan kebiasaannya, apa yang u cakap akan berlaku sebegitu.

Yang negatif tak perlu saya kongsi di sini.

Dan banyak lagi analisa yang boleh saya berikan berdasarkan rahsia tarikh lahir anda. Boleh dapatkannya melalui ebuku saya di http://www.mytarikhlahir.com atau lagi best, jumpa saya dibengkel tarikh lahir. Boleh buat pendaftaran anda di sini : http://www.bengkeltarikhlahir.com

Sesiapa yang memerlukan kaunseling sila hubungi saya. Ingin saya tegaskan bahawa, hanya kita yang boleh mengubah diri kita, bukannya orang lain. Kalau kita nak mengubah orang lain pun, kita kena ubah diri sendiri dahulu. Semuanya terpulang pada kita, kita dan kita

Waktu kita senang, ramai orang di keliling kita.
Waktu kita susah, berapa kerat aje yang ada.
Berapa ramai akan sama-sama membantu kita.

Fikir-fikirkanlah. Muhasabah diri dalam bulan puasa ini.

Jumpa lagi

Advertisements

Salam kembali.

Pada hari Ahad lepas, saya telah mengadakan siri ke 6 Bengkel Rahsia Tarikh Lahir di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kehadiran peserta-peserta bengkel semakin bertambah. Bagi saya, ini bermakna semakin ramai orang yang ingin memahami kekuatan, kelemahan dan potensi mereka, supaya dapat merancang satu kehidupan yang lebih cemerlang dari sekarang.

Peserta-peserta yang hadir adalah dari pelbagai usia. Yang termuda berusia 21 tahun yang masih mencari pekerjaan. Yang paling senior berusia 58 tahun yang sudah pencen, tetapi masih lagi ingin menambahkan ilmu kehidupan.

Ada yang datang dari Johor Bahru, Manjong, Seremban dan lain-lain tempat di Lembah Kelang. Dan salah seorang peserta adalah Smartzul, pakar Internet Marketing (IM) Malaysia.

bengkel KL 1608 v2

Saya telah berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya miliki sepanjang mempraktikkan ilmu Rahsia Tarikh Lahir ini dalam kehidupan dan perniagaan saya selama ini.

Antara ilmu yang telah di ajar adalah:

1) Memahami pengiraan kaedah Rahsia Tarikh Lahir
2) Menganalisa kekuatan dan kelemahan diri
3) Memahami potensi diri dan keluarga melalui kombinasi nombor
4) Mengetahui pekerjaan yang paling sesuai
5) Mengetahui perniagaan yang paling sesuai
6) Mengaplikasikan rahsia warna
7) Keserasian Pasangan
8) Keserasian Rakan Bisnes
9) Mengaplikasikan arah kejayaan & kekayaan seseorang

Saya berharap kesemua peserta akan mengaplikasikan apa yang di ajar dengan sebaik mungkin.

Jika anda ingin mengikuti bengkel seterusnya, sila buat tempahan di sini:

http://www.bengkeltarikhlahir.com

Jumpa lagi

Bengkel KL Zul v3

Salam dan terimakasih kerana masih bersama saya.

Bengkel Rahsia Tarikh Kelahiran yang seterusnya adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 hb Ogos 2009

Lokasi: Kuala Lumpur (tempat akan diconfirmkan kemudian)

Masa: 9.30 pagi ke 4.30 ptg

Ilmu yang akan dipelajari:

1) Cara Mengira
2) Huraian peribadi
3) Potensi Anda
4) Perniagaan Yang Paling Sesuai
5) Pekerjaan Yang Paling Sesuai
6) Keserasian Dengan Pasangan
7) Keserasian Dengan Rakan Bisnes
8) Arah Kejayaan dan Kekayaan
9) Rahsia Warna

Sekiranya berminat untuk menyertai bengkel, sila sms nama dan tarikh lahir ke
hotline @ 013 3234366 / 012 3629408
Krew sy akan menelefon anda.

Terimakasih

Jumpa lagi

Setiap hari kita pasti akan menghadap pelbagai kerenah-kerenah manusia seperti ahli keluarga kita atau rakan-rakan di pejabat. Kita tahu manusia ini mempunyai pelbagai ragam. Kadang-kadang kita berasa amat tertekan untuk melayan ragam-ramai mereka ini.

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi tentang senyuman.

Senyuman boleh membuat kita berasa senang sekali. Kenapa kita perlu senyum? Jawapan yang ada pada saya adalah ianya percuma. Kita tidak perlu membayar kepada orang yang menguntumkan senyuman. It’s free. Sebuah senyuman itu boleh membawa keceriaan walaupun kita berasa bengang dengan keadaan sekeliling kita. Sekurang-kurangnya kita dapat menenangkan hati kita.

Selain itu, senyuman yang kita berikan itu bolehmembuatkan orang disekeliling kita berasa amat ceria dan senang kepada kita. Kita gembira orang lain akan turut bergembira.

Senyuman itu adalah sedekah. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pahala. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi sedekah kepada orang lain daripada tiada. Susahlah kita jarang mengeluarkan duit untuk bersedekah, benda yang percuma seperti sedekah ini pun susah hendak buat ke.

Saya sarankan kita perbanyakkan senyum kerana benda-benda positif akan datang kepada kita jika kita perbanyakkan senyuman kita. Tapi ingat senyum itu biarlah kena dengan tempatnya. Janganlah nanti ada orang kata kenapalah mamat ni gila ke senyum sorang-sorang.

Dah senyum ke??

Untuk pengetahuan semua, Bengkel Rahsia Tarikh Kelahiran yang seterusnya akan di adakan pada 26hb Julai di Kuala Lumpur (masih ada 8 kekosongan) dan 2hb Ogos di Johor Bahru (masih ada 10 kekosongan). Saya target hanya 30 orang setiap satu sesi untuk memudahkan anda memahami apa ilmu yang diajar. Kalau ramai-ramai, tak semua akan betul-betul faham.

Cara nak register :
1) Isi borang tempahan di SINI,
2) sms nama, emel, lokasi dan tarikhlahir ke 013 3234366.
3) emel nama, lokasi, contact number dan tarikh lahir ke bengkelrtk@gmail.com

Jika anda belum mendapatkan ebuku Rahsia Tarikh Lahir paling LARIS di Internet, sila ke http://www.mytarikhlahir.com

Bengkel Motivasi Rahsia Tarikh Lahir, Rahsia Matlamat & Rahsia Minda (3R) akan mula diadakan pada 28hb Jun ini (Ahad).

Tarikh : 28hb Jun 2009 (Ahad)
Masa:   9.30 pg ke 4 ptg
Lokasi: Desa  Melawati, Kuala Lumpur
Modul:

1) Memahami Kekuatan dan Kelemahan Diri
2) Memahami Potensi Diri
3) Analisa Nombor Kombinasi
4) Karektor Yang Perlu Di Ubah
5) Pekerjaan Yang Paling Sesuai
6) Perniagaan Yang Paling Sesuai
7) Memahami Arah Kekayaan dan Kejayaan
8) Menetapkan Matlamat
9) Mengaktifkan Kuasa Minda
10) Mengaktifkan Warna Sokongan
11) Panduan Kad Perniagaan
Bonus:  Perisian Percuma Pengiraan Tarikh Lahir
Harga:  RM 150 (dibayar sewaktu pendaftaran). Anda akan dapat diskaun RM 30 setiap kawan yang anda bawa bersama.
Untuk booking, sila sms ke 013-3234366. Sertakan nama anda, lokasi dan tarikh lahir.
Anda juga boleh emel ke bengkelrtk@gmail.com. Sertakan nama, mobile no, tarikh lahir dan alamat anda.
Team RTK akan menghubungi anda untuk confirmation tempat duduk.

Tarikh akhir pendaftaran adalah Jumaat, 26hb Jun.

Jumpa di sana !!
Terimakasih

Ini soalan popular. Adakah ini menilik nasib atau ramalan nasib ? Kita tahu bahawa menilik nasib adalah HARAM bagi umat Islam.

Setiap manusia mempunyai kebaikan dan kejahatan dalam diri mereka.

Tidak ada seorang pun yang “sempurna” selain Allah swt yang Maha Bijaksana. Kita dijadikan olehNya lengkap dengan persoalan hidup dan jawapannya. Terpulanglah pada kita untuk mencari dan menggunakan apa yang telah diberikan Nya.

Sebagai contoh – Adakah kita tahu apa kejahatan kita ? Kita cuma tahu bila orang mengatakan apa kita buat adalah salah. Kita cuma sedar bila ditangkap polis, bila kena tegur oleh ibu-bapa ataupun boss tempat kerja kita. Jadi, adalah lebih baik bagi kita untuk menyedari apa keburukan kita terlebih dahulu supaya kita lebih berwaspada dalam meniti kehidupan.

Lagi satu, apakah potensi kita ? Kita selalu dengar bahawa kebanyakan orang yang bekerja mengatakan apa yang dia belajar di kolej atau universiti, cuma pakai dalam 10 % atau 20 % sahaja dari apa yang dipelajari dalam alam pekerjaan mereka. Mengapa ini berlaku ? Sedangkan mereka belajar 3, 4, atau 5 tahun mendapatkan diploma dan ijazah masing-masing. Alangkah ruginya begitu. Alangkah bagusnya bila dia ambil kursus yang berpadanan dengan diri dia. Contohnya, saya sendiri. Saya mengambil kursus kejuruteraan elektrik. Kerja pula dalam industri komputer dan telekomunikasi. Berniaga pula dalam industri telekomunikasi, pendidikan dan percetakan. Bila perniagaan tak kemana, baru belajar mengenali rahsia diri dan praktikkan. Alhamdulillah, so far so good.

Contoh lain adalah isteri saya. Ada degree dalam Kejuruteraan Elektrik. Tetapi, bekerja sebagai bank officer, yang sama dengan Rahsia Tarikh Lahirnya. Alhamdulillah, tiada permasalahan dalam kerjaya beliau. Adakah itu Suratan atau Kebetulan ??

Kita disuruh untuk mencari ilmu dan berusaha untuk memantapkan kehidupan kita untuk bahagia di dunia dan di akhirat.

Terpulanglah pada anda pembaca budiman sekelian. Terpulanglah pada keterbukaan anda untuk menerima sesuatu yang baru. Terpulanglah pada anda mengubah hidup anda hari ini dari banyak problem ke kurang problem. Terpulanglah pada anda untuk mengubah hidup anda dari serba kepayahan kepada kesenangan.

Kenapa seseorang itu berjaya atau tidak pun bergantung dengan cara dia berfikir dan berapa terbukanya dia dengan kuasa yang ada pada ILMU dan KAJIAN tentang sesuatu. Dengan ilmu, dan kajian kita boleh naik ke bulan. Dengan ilmu dan kajian kita boleh baiki kereta. Dengan ilmu dan kajian kita boleh ada lampu yang terang-benderang menerangi malam. Dan biasanya orang yang mengkaji itu dan berilmu itu, potensi dia untuk kaya sangat tinggi

Bagi saya, tak salah mempelajari dan mempraktikkan ilmu Mengenali Diri Melalui Tarikh Lahir ini. Kalau saya silap, tolong perbetulkan saya.

Fikir-fikirkanlah. Anda tidak dipaksa untuk percaya.

Wallahualam.

Salam semua.

Apabila sesuatu malapetaka berlaku keatas diri kita, seperti gaji tak naik-naik, bonus tak dapat, apasal orang lain naik pangkat – bukan kita, kenapakah gagal dalam kursus yang di ambil di kolej/universiti, bisnes gagal, perkahwinan gagal, dll, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah salah kita ?? Kalau ada yang berbuat begitu, baguslah. Lazimnya kita menyalahkan orang/benda lain.

Sekarang, tanya betul-betul pada diri sendiri – adakah saya betul-betul kenal diri saya ? Apakah sifat positif yang ada ? Apa sifat negatif yang ada ? Apakah potensi yang ada pada diri saya ? Bagaimanakah saya boleh aplikasikan kekuatan saya untuk mencapai 100% potensi diri ?

Kalau pembaca budiman boleh menjawab semua soalan itu, alhamdulillah. Memang bagus. Minta pula orang lain komen tentang anda secara ikhlas. Adakah sama ? Kalau sama baguslah. Kalau tak sama, you are in trouble.

8 tahun lepas, saya tanya diri saya adakah betul-betul saya kenal diri ini. Malangnya, saya tak jawab dengan betul bila compare dengan komen orang lain. Di situlah titik mulanya saya mencari siapa diri saya yang sebenarnya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, jika anda ingin mengenali diri anda dengan lebih lanjut, hadirilah workshop kami pada bulan Oktober depan. Lokasinya adalah di Penang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Insyallah, selepas menghadiri workshop kami, anda akan lebih mengenali diri anda sendiri, keluarga dan rakan taulan. Anda akan merasa lebih positif dengan kehidupan. Masih ada sinar yang menyingsing.

Mengenali Tarikh Lahir adalah satu ILMU yang patut ada pada diri kita untuk mencapai potensi dan impian kita dengan lebih berkesan.

Jumpa lagi esok, insyaallah. Selamat Berbuka Puasa.

Next Page »