Kekayaan


Salam Hormat.

Apa khabar? Semenjak ebuku “Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar” dipasarkan, pelbagai ragam manusia dengan pelbagai permasalahan yang saya dengar dan cuba selesaikan. Dan, kebanyakan masalah adalah mengenai duit belanja tak cukup, hutang, dikejar along, blacklist oleh bank, perbelanjaan kad kredit yang terlampau, dll.

Oleh itu, setelah memikirkan sedalam-dalamnya dan berdasarkan pengalaman dan kemampuan yang ada, saya membuat keputusan untuk melaksanakan satu program yang saya namakan, “Jutawan Senyap 2012”.

Matlamat atau Sasaran program ini adalah untuk setiap ahli memiliki jumlah pendapatan sebanyak RM 1 juta pada 31 hb Disember 2012.

Program ini akan dilancarkan pada hari Isnin ini, 20 hb Julai 2009. Sesiapa yang sudah memiliki ebuku Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar, tentu tahu mengapa saya memilih tarikh ini.

Saya hanya memilih 3000 orang sahaja yang mahu mengubah taraf kehidupan mereka. Setakat ini sudah 50 orang mengatakan persetujuan mereka. Jika anda berminat, sila hantar emel bertajuk ”Ingin Menjadi Jutawan Senyap 2012” ke jutawanrtk@gmail.com.

Sertakan nama penuh anda, alamat sekarang, nombor telefon, tarikh lahir dan matlamat 3 tahun anda.

Kos menyertai program ini akan saya berikan dalam balasan emel saya nanti. Apa yang anda akan dapat:

1) Lapuran Eksklusif Peribadi Anda secara PERCUMA (bernilai RM 30)

2) Ebuku ”Resepi Kekayaan” secara PERCUMA (bernilai RM 90). Ebuku ini masih dalam proses penulisan. Insyaallah, akan dijual di Internet semasa bulan puasa nanti.

3) Rebet RM 50 untuk menghadiri Bengkel-Bengkel yang saya anjurkan.

4) Antara Taktik dan Strategi Untuk Mencapai Kekayaan, seperti:
a. Strategi Pemasaran Perniagaan secara offline dan on-line,
b. Penggunaan Warna,
c. Penggunaan Minda Menarik Kekayaan,
d. Cara Mudah untuk mendapatkan projek kerajaan dan swasta,
e. Cara Mudah untuk mendapatkan bayaran inbois anda,
f. Menyediakan Pelan Perniagaan,
g. Menyediakan Akaun Perbelanjaan Bisnes,
h. Menyediakan Akaun Perbelanjaan Peribadi,
Dan pelbagai lagi strategi yang akan saya ajar berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya ada. Apa yang saya miliki adalah praktikal, bukan teori semata-mata.

5) Consultancy PERCUMA selama SETAHUN samada secara telefon, YM, atau one-to-one.

6) Retreat/Family Day Tahunan (bayaran sendiri),

7) Pelbagai Rebet untuk anda menyertai workshop/bengkel yang akan saya cadangkan

Apa yang akan saya ajarkan sepanjang 1 tahun akan datang adalah berdasarkan kepada pengalaman saya membina empayar perniagaan saya sejak 4 tahun lepas (memang PERIT) dan pengalaman bekerja di dunia korporat, bekerja di syarikat-syarikat MNC, GLC dan Sdn Bhd serta didedahkan kepada tanggunggjawab di bahagian operasi, pembangunan perniagaan, pengurusan projek, pengurusan kewangan dan bajet, perhubungan awam dan perancangan korporat.

Bagi saya, tak perlu nak glamer-glamer masuk suratkhabar, radio dan televisyen. Lebih BAGUS kita menjadi JUTAWAN SENYAP, tak lupa membayar zakat, tak meninggalkan ibadat dan sentiasa membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan.

Okay. Sesiapa yang berminat, sila hantarkan maklumat yang diperlukan ke jutawanrtk@gmail.com.

Tak perlulah hantar emel jika anda sendiri tak konfiden atas kemampuan anda atau kemampuan saya memandu anda mencapai matlamat yang di idam-idamkan. Tak perlulah hantar emel jika anda rasa IMPOSSIBLE.

Saya memerlukan mereka-mereka yang berfikiran positif, sanggup berusaha keras untuk mencapai sasaran dan berani mengubah diri mereka kepada yang lebih BAGUS.

Jumpa lagi.

Advertisements

Setiap hari kita pasti akan menghadap pelbagai kerenah-kerenah manusia seperti ahli keluarga kita atau rakan-rakan di pejabat. Kita tahu manusia ini mempunyai pelbagai ragam. Kadang-kadang kita berasa amat tertekan untuk melayan ragam-ramai mereka ini.

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi tentang senyuman.

Senyuman boleh membuat kita berasa senang sekali. Kenapa kita perlu senyum? Jawapan yang ada pada saya adalah ianya percuma. Kita tidak perlu membayar kepada orang yang menguntumkan senyuman. It’s free. Sebuah senyuman itu boleh membawa keceriaan walaupun kita berasa bengang dengan keadaan sekeliling kita. Sekurang-kurangnya kita dapat menenangkan hati kita.

Selain itu, senyuman yang kita berikan itu bolehmembuatkan orang disekeliling kita berasa amat ceria dan senang kepada kita. Kita gembira orang lain akan turut bergembira.

Senyuman itu adalah sedekah. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pahala. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi sedekah kepada orang lain daripada tiada. Susahlah kita jarang mengeluarkan duit untuk bersedekah, benda yang percuma seperti sedekah ini pun susah hendak buat ke.

Saya sarankan kita perbanyakkan senyum kerana benda-benda positif akan datang kepada kita jika kita perbanyakkan senyuman kita. Tapi ingat senyum itu biarlah kena dengan tempatnya. Janganlah nanti ada orang kata kenapalah mamat ni gila ke senyum sorang-sorang.

Dah senyum ke??

Untuk pengetahuan semua, Bengkel Rahsia Tarikh Kelahiran yang seterusnya akan di adakan pada 26hb Julai di Kuala Lumpur (masih ada 8 kekosongan) dan 2hb Ogos di Johor Bahru (masih ada 10 kekosongan). Saya target hanya 30 orang setiap satu sesi untuk memudahkan anda memahami apa ilmu yang diajar. Kalau ramai-ramai, tak semua akan betul-betul faham.

Cara nak register :
1) Isi borang tempahan di SINI,
2) sms nama, emel, lokasi dan tarikhlahir ke 013 3234366.
3) emel nama, lokasi, contact number dan tarikh lahir ke bengkelrtk@gmail.com

Jika anda belum mendapatkan ebuku Rahsia Tarikh Lahir paling LARIS di Internet, sila ke http://www.mytarikhlahir.com

Bengkel Motivasi Rahsia Tarikh Lahir, Rahsia Matlamat & Rahsia Minda (3R) akan mula diadakan pada 28hb Jun ini (Ahad).

Tarikh : 28hb Jun 2009 (Ahad)
Masa:   9.30 pg ke 4 ptg
Lokasi: Desa  Melawati, Kuala Lumpur
Modul:

1) Memahami Kekuatan dan Kelemahan Diri
2) Memahami Potensi Diri
3) Analisa Nombor Kombinasi
4) Karektor Yang Perlu Di Ubah
5) Pekerjaan Yang Paling Sesuai
6) Perniagaan Yang Paling Sesuai
7) Memahami Arah Kekayaan dan Kejayaan
8) Menetapkan Matlamat
9) Mengaktifkan Kuasa Minda
10) Mengaktifkan Warna Sokongan
11) Panduan Kad Perniagaan
Bonus:  Perisian Percuma Pengiraan Tarikh Lahir
Harga:  RM 150 (dibayar sewaktu pendaftaran). Anda akan dapat diskaun RM 30 setiap kawan yang anda bawa bersama.
Untuk booking, sila sms ke 013-3234366. Sertakan nama anda, lokasi dan tarikh lahir.
Anda juga boleh emel ke bengkelrtk@gmail.com. Sertakan nama, mobile no, tarikh lahir dan alamat anda.
Team RTK akan menghubungi anda untuk confirmation tempat duduk.

Tarikh akhir pendaftaran adalah Jumaat, 26hb Jun.

Jumpa di sana !!
Terimakasih

Kod Asas = 2

Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Individu ini mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Biasanya adalah seorang ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus.

Analisa Nombor Kombinasi

279 – Menjadi tarikan orang. Mudah menyakinkan orang

246 – Bijak berpidato dan memberi ceramah

123 – Memiliki kekuatan pada suara

Banyak lagi perkara-perkara positif, negatif, bisnes yang sesuai, potensi kekayaan, dll dapat di ketahui melalui ebuku “Pakej Lengkap Rahsia Tarikh Kelahiran”

Dapatkannya hari ini di http://www.misteritarikhlahir.com sebelum harga di naikkan.

Terimakasih

Kod asas adalah 3

Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – ”all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Huraian nombor kombinasi:

123 – memiliki kekuatan pada suara. Bagus jadi cikgu, salesman, atau apa-apa perniagaan yang menggunakan suara

235 – mudah terusik dan seorang yang panas baran

843 – seorang yang selalu tercari-cari kejayaan.

Banyak lagi yang boleh dihuraikan tentang bro ini, terutamanya perkara negatif, potensi kekayaan dan kejayaan, dll. Especially, melalui analisa nombor kombinasi.

Anda boleh dapatkan pakej advanced di http://www.misteritarikhlahir.com

Jangan tunggu lagi ! Nanti ebuku ini mungkin akan naik harga.

Jumpa lagi

Kod Asas : 7

Kekuatan:

Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejar kemasyhuran dan tuah. Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara.

Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangatmenghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan.


Kelemahan:

Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas.Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Analisa nombor kombinasi:

123 – Memiliki kemahiran di segi suara. Memang pandai meng’ayat’

459 – Memiliki gerak hati yang biasanya betul. Penuh dengan muslihat ni.

933 – Seorang yang cepat berjaya, tetapi tak tahan lama. Bila kaya, berwaspada dan berhati-hati

Dapatkan perniagaan yang sesuai, kod jutawan anda dan strategi asas kekayaan dan kejayaan dalam pakej ebuku “Pakej Lengkap Rahsia Tarikh Kelahiran” di website ini: http://misteritarikhlahir.com

Dapatkan hari ini kerana saya percaya ia akan dapat mengubah kehidupan anda hari ini ke suatu kehidupan yang lebih bermakna. Harga akan naik ke RM 100 mulai 1 hb Mei ini.


Perkara yang harus dipelajari:

1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar

Kod Asas : 8

Kekuatan:

Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah.

Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan:

Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Analisa nombor kombinasi:

966 – Mudah dan senang untung dalam perniagaan

573 – Senang bergaul dengan pegawai-pegawai atasan dan golongan kenamaan

786 – Seorang yang bertanggungjawab dan orang lain memberi kepercayaan pada anda.

Untuk mengetahui perniagaan yang sesuai, kod jutawan dan strategi asas kekayaan dan kejayaan, dapatkan ebuku “Pakej Lengkap Rahsia Tarikh Kelahiran” di http://misteritarikhlahir.com Dapatkan HARI INI sebelum harga dinaikkan ke RM 100 mulai 1 hb Mei nanti.

Perkara yang harus diperbaiki:

1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain

2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Next Page »