Salam hormat.

Para-para pembaca yang budiman. Terimakasih kerana masih bersama saya. Saya doakan agar tuan-tuan dan puan-puan sekelian sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal’afiat, murah rezeki dan perniagaan yang berkembang pesat.

Dalam pengiraan rahsia tarikh lahir terdapat pelbagai nombor kombinasi, samada 2 nombor, 3 nombor, mahupun 4 nombor. Pada kebiasaannya, kombinasi 2 nombor memang banyak untuk seseorang. Manakala, kombinasi 3 nombor adalah dalam 5, 6 ataupun 7 kombinasi.

Kombinasi nombor ini memberitahu potensi dan karektor yang berkemungkinan ada pada setiap orang. Jadi, apabila sudah tahu keistimewaan anda ini, buatlah perancangan dan strategi-strategi untuk meng’optima’kan keistimewaan anda ini.

Esok, 16hb November 2009 ataupun 16-11-20-09. Tarikh ini memiliki kombinasi 279, 729, 222, 426 dan 246. Yang bestnya kombinasi-kombinasi ini berulangkali sebanyak 2 kali.

279 & 729 memberi maksud :
“Seorang yang sangat menawan dan mudah untuk menyakinkan orang. Menjadi “tarikan” orang”. Jika tarikh lahir anda mempunyai kombinasi ini, bertuahlah anda. Lihat sekeliling anda dan adakah ini adalah benar?

222 pula adalah:
“Jika anda seorang lelaki, hidup anda dikelilingi atau dibiayai oleh wanita. Jadi, dalam perniagaan, fokuskan kepada apa yang perempuan mahukan, seperti kecantikan, produk diet, pakaian, makanan, dll”, Jika anda lelaki, adakah anda di kelilingi oleh perempuan?

426 & 246 memberi maksud:
“Berbakat menjadi pensyarah, penceramah dan pemidato yang TERBAIK. Bijak melakukan “presentation”. Bijak membuat “sales pitch”. Jika anda memiliki pekerja seperti ini, dan jika syarikat anda perlu membuat presentation, beri peluang pada pekerja ini untuk tujuan tersebut.

Jadi, kerana esok banyak kod 279, 729 & 222, lakukanlah promosi besar-besaran. Juallah banyak produk perempuan.

Cubalah strategi ini dan lihat perubahan pada jualan anda.

Terimakasih dan jumpa lagi