Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Para-para pembaca yang budiman. Terimakasih kerana masih bersama saya. Saya doakan agar tuan-tuan dan puan-puan sekelian sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal’afiat, murah rezeki dan perniagaan yang berkembang pesat.

Hari ini genap setahun usia domain http://www.mytarikhlahir.com
Bermakna genap setahun saya mula menulis ebuku dan menjual di Internet. Berdasarkan database yang saya ada, lebih 10,000 orang telah memuat turun versi PERCUMA ebuku Asas Rahsia Tarikh Lahir. Syabas dan tahniah kerana anda telah membuat keputusan untuk mengetahui dan memahami diri anda, keluarga, sahabat handai dan mereka-mereka yang berada di sisi anda.

Ramai jugalah yang telah membeli ebuku “Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar”. Jualannya melebihi dari apa yang saya sasarkan. Minggu pertama jualan sahaja, saya sudah dapat kembali kos penyediaan website, seperti harga hosting, domain, sistem affiliate, sistem jualan, penulisan salesletter, dll. Memang menakjubkan.
Memang terbukti yang penulisan adalah kerjaya dan perniagaan yang paling sesuai dengan saya.

Terimakasih banyak-banyak kepada pembeli-pembeli ebuku RTK. Saya mengharapkan agar anda yang telah mengubah diri anda kepada tahap yang lebih baik berdasarkan ilmu Rahsia Tarikh Kelahiran ini.

Sebagai meraikan ulangtahun pertama ini, saya mengadakan promosi jualan ebuku RTK untuk sehari sahaja. Bermula dari 12 tengahari hari ini (13 Oktober 2009) sehingga 12 tengahari (14 Oktober 2009), harga jualan adalah RM 50 setiap ebuku. Bila mengisi borang pengesahan pembayaran, jangan lupa letakkan tarikh lahir anda. Saya akan menyediakan lapuran peribadi anda.

Jadi, untuk sehari sahaja, jika anda membayar RM 50, anda akan dapat:

1) Ebuku Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar,
2) Ebuku Kod Jutawan Kini Terbongkar,
3) Ebuku Strategi Kejayaan
4) Software Pengiraan
5) Lapuran Peribadi Anda

Promosi ini hanya untuk penerima-penerima emel ini dan pembaca di blog saya.

Pada yang sudah membeli sebelum ini, jangan risau. Ada promosi berlainan untuk anda semasa pelancaran ebuku kedua saya yang sudah ditukar tajuk kepada “Resepi Kekayaan berdasarkan Kaedah Rahsia Tarikh Kelahiran” yang masih lagi di proofread dan di edit.

Jadi, apa tunggu lagi. Segeralah buat pembelian di http://www.mytarikhlahir.com

Setakat ini sahaja untuk kali ini.

Jumpa lagi.