Salam sejahtera tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik sekelian.
Macam mana dengan sambutan hari raya? Tentunya meriah..

Puasa sudah, raya pun sudah. yang periksa UPSR, dah pun selesai. yang nak periksa PMR makin berdebar-debar. Pastu pulak yang ambil periksa SPM dan STPM yang akan menentukan arah kerjaya dan kehidupan mereka. Yang belum bekerja pula, pening kepala kerja belum dapat lagi, walhal mak ayah di kampung masih tertunggu buah tangan dari anda. Yang dah bekerja pula, kebanyakannya pening kepala sebab duit habis belum setengah bulan lagi. Agak-agaknya anda ada nombor kombinasi 336 kot.

Pada yang nak ambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM, sentiasa bercakap pada diri anda keputusan yang macam mana yang anda inginkan. Jangan sekali-kali fikir tentang kegagalan. Fikirkan KEJAYAAN setiap masa. Kalau boleh, bila nak fikir negatif, cepat-cepat buang dan segera fikirkan yang POSITIF. Sebelum tidur dan lepas tidur pun begitu. Mengapa kena buat camni? Ini akan mengajar minda kita supaya mengingatkan perkara-perkara POSITIF, perkara-perkara KEJAYAAN. Ini adalah minda separa sedar anda. Bila minda separa sedar nak berfikiran begitu, minda sedar akan “take action” atau “implement” apa yang anda fikirkan.

Begitu juga pada anda yang tengah cari kerja. Praktikkan minda anda.
Begitu juga dengan yang asyik duit habis ni. Latih minda anda.

Bagi saya, minda separa sedar adalah perancang/planner
Minda sedar pula adalah “implementor”.

Mungkin anda pernah dengar proverb “Anda adalah apa yang anda fikirkan”.

Jom, ubah minda kita hari ini. Dan berterusan berjaya, insyaallah

Jumpa lagi