October 2009


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Para-para pembaca yang budiman. Terimakasih kerana masih bersama saya. Saya doakan agar tuan-tuan dan puan-puan sekelian sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal’afiat, murah rezeki dan perniagaan yang berkembang pesat.

Bengkel Rahsia Tarikh Lahir diteruskan lagi, setelah berhenti selama 45 hari. Tetapi, dukacita saya ingin maklumkan bahawa ini berkemungkinan Bengkel RTL yang terakhir saya untuk tahun 2009.

Ilmu-ilmu yang akan dikongsikan adalah:

1) Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri
2) Mengenali Potensi Diri
3) Kombinasi 2 Nombor & 3 Nombor
4) Memahami Kerjaya Yang Paling Sesuai
5) Memahami Perniagaan Yang Paling Sesuai
6) Strategi Warna
7) Strategi Arah Kekayaan & Kejayaan
8) Potensi Anda di tahun 2010 (modul baru).

PERCUMA:
Buku Tulisan Saya bertajuk “Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda”.

Tarikh : 1 hb November 2009

Lokasi : Desa Melawati, Kuala Lumpur

Masa : 9.30 pg ke 4.30 ptg

Kos Anda : RM 150.

Cara nak booking, sila sms BTL, nama, nombor telefon, tarikh lahir ke 012 3758489.
Anda akan diberikan cara-cara untuk booking tempat.

Tempat adalah terhad untuk 25 orang sahaja.

Setakat ini sahaja untuk kali ini.

Jumpa lagi.

Advertisements

Kod Asas = 7

Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara.Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.

Potensi melalui kombinasi 3 nombor :
729 – Seorang yang sangat menawan dan mudah untuk menyakinkan orang. Menjadi “tarikan” orang.
573 – Seorang yang mudah bergaul dengan orang-orang kenamaan. Juga bergaul dengan orang atasan.
786 – Anda seorang yang bertanggungjawab. Orang sentiasa memberikan kepercayaan dan tanggungjawab pada anda

Untuk mengetahui kelemahan, kerjaya paling sesuai, arah kekayaan dan kejayaan, perniagaan yang paling sesuai, dll, sila dapatkannya di http://www.mytarikhlahir.com

Jumpa lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Para-para pembaca yang budiman. Terimakasih kerana masih bersama saya. Saya doakan agar tuan-tuan dan puan-puan sekelian sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal’afiat, murah rezeki dan perniagaan yang berkembang pesat.

Hari ini genap setahun usia domain http://www.mytarikhlahir.com
Bermakna genap setahun saya mula menulis ebuku dan menjual di Internet. Berdasarkan database yang saya ada, lebih 10,000 orang telah memuat turun versi PERCUMA ebuku Asas Rahsia Tarikh Lahir. Syabas dan tahniah kerana anda telah membuat keputusan untuk mengetahui dan memahami diri anda, keluarga, sahabat handai dan mereka-mereka yang berada di sisi anda.

Ramai jugalah yang telah membeli ebuku “Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar”. Jualannya melebihi dari apa yang saya sasarkan. Minggu pertama jualan sahaja, saya sudah dapat kembali kos penyediaan website, seperti harga hosting, domain, sistem affiliate, sistem jualan, penulisan salesletter, dll. Memang menakjubkan.
Memang terbukti yang penulisan adalah kerjaya dan perniagaan yang paling sesuai dengan saya.

Terimakasih banyak-banyak kepada pembeli-pembeli ebuku RTK. Saya mengharapkan agar anda yang telah mengubah diri anda kepada tahap yang lebih baik berdasarkan ilmu Rahsia Tarikh Kelahiran ini.

Sebagai meraikan ulangtahun pertama ini, saya mengadakan promosi jualan ebuku RTK untuk sehari sahaja. Bermula dari 12 tengahari hari ini (13 Oktober 2009) sehingga 12 tengahari (14 Oktober 2009), harga jualan adalah RM 50 setiap ebuku. Bila mengisi borang pengesahan pembayaran, jangan lupa letakkan tarikh lahir anda. Saya akan menyediakan lapuran peribadi anda.

Jadi, untuk sehari sahaja, jika anda membayar RM 50, anda akan dapat:

1) Ebuku Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar,
2) Ebuku Kod Jutawan Kini Terbongkar,
3) Ebuku Strategi Kejayaan
4) Software Pengiraan
5) Lapuran Peribadi Anda

Promosi ini hanya untuk penerima-penerima emel ini dan pembaca di blog saya.

Pada yang sudah membeli sebelum ini, jangan risau. Ada promosi berlainan untuk anda semasa pelancaran ebuku kedua saya yang sudah ditukar tajuk kepada “Resepi Kekayaan berdasarkan Kaedah Rahsia Tarikh Kelahiran” yang masih lagi di proofread dan di edit.

Jadi, apa tunggu lagi. Segeralah buat pembelian di http://www.mytarikhlahir.com

Setakat ini sahaja untuk kali ini.

Jumpa lagi.

Kod Asas adalah 5

Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa fokus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistik, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu. Anda juga seorang yang selalu bersendirian.

Meneliti potensi anda melalui analisa kombinasi nombor anda : 966 – seorang yang mudah dan senang nak untung dalam perniagaan; 573 – memiliki networking atau connection dengan pegawai-pegawai atasan dan kenamaan; 191 – seorang yang berdikari dan susah nak minta tolong dari orang lain.

Jika ingin mengetahui perniagaan yang paling sesuai dengan puan, sila dapatkan ebuku tulisan saya di WEBSITE INI

Eloklah kita melabur dalam sesuatu perniagaan yang sememangnya sesuai dengan kita dan tak perlulah kita lakukan “trial and error”

Pada yang lain, kita sudah masuk bulan Oktober. Adakah matlamat/target 2009 kita sudah tercapai? Jika belum, tingkatkan lagi usaha tuan-tuan dan puan-puan.

Masa untuk membuat pelan kejayaan 2010 sudah tiba. Menurut pakar-pakar sains metafizik, tahun 2010 mempunyai potensi kelemahan dalam kewangan. Bagaimana nak mengharunginya ? Sudah tiba masa untuk anda memiliki ebuku yang saya nyatakan di atas. Anda boleh memahami customer anda. Kalau ada invoice yang belum dibayar, kejar bayaran SEKARANG.

Jumpa lagi.

Salam sejahtera tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik sekelian.
Macam mana dengan sambutan hari raya? Tentunya meriah..

Puasa sudah, raya pun sudah. yang periksa UPSR, dah pun selesai. yang nak periksa PMR makin berdebar-debar. Pastu pulak yang ambil periksa SPM dan STPM yang akan menentukan arah kerjaya dan kehidupan mereka. Yang belum bekerja pula, pening kepala kerja belum dapat lagi, walhal mak ayah di kampung masih tertunggu buah tangan dari anda. Yang dah bekerja pula, kebanyakannya pening kepala sebab duit habis belum setengah bulan lagi. Agak-agaknya anda ada nombor kombinasi 336 kot.

Pada yang nak ambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM, sentiasa bercakap pada diri anda keputusan yang macam mana yang anda inginkan. Jangan sekali-kali fikir tentang kegagalan. Fikirkan KEJAYAAN setiap masa. Kalau boleh, bila nak fikir negatif, cepat-cepat buang dan segera fikirkan yang POSITIF. Sebelum tidur dan lepas tidur pun begitu. Mengapa kena buat camni? Ini akan mengajar minda kita supaya mengingatkan perkara-perkara POSITIF, perkara-perkara KEJAYAAN. Ini adalah minda separa sedar anda. Bila minda separa sedar nak berfikiran begitu, minda sedar akan “take action” atau “implement” apa yang anda fikirkan.

Begitu juga pada anda yang tengah cari kerja. Praktikkan minda anda.
Begitu juga dengan yang asyik duit habis ni. Latih minda anda.

Bagi saya, minda separa sedar adalah perancang/planner
Minda sedar pula adalah “implementor”.

Mungkin anda pernah dengar proverb “Anda adalah apa yang anda fikirkan”.

Jom, ubah minda kita hari ini. Dan berterusan berjaya, insyaallah

Jumpa lagi