Salam dan terimakasih atas kunjungan anda di blog ini.

Sedar tak sedar, bulan Ramadhan sudahpun hampir sampai ke penghujungnya. Memang tak terasa pun hari – hari yang dilalui dan Syawal pula kini bakal menjelang tiba.

InsyaAllah, esok (17hb Sept) saya akan pulang ke kampung isteri. Tahun ini giliran balik kampung isteri di Kota Bharu. Jika anda berada di kawasan KB, boleh lah beraya dengan saya, jika mahu. Boleh contact saya di 012 3758489. Bolehlah berkongsi pengalaman. Saya berada di sana selama 10 hari. Sambil bercuti, sambil mencari supplier serunding dan produk-produk dari Kelantan yang memangnya BEST. Sesiapa yang berminat untuk mencuba sample serunding PERCUMA, sila sms sya.

Kepada pembeil-pembeli ebuku saya, jangan risau. Saya sentiasa akses Internet untuk menghantar pesanan anda. Walau dimana saya berada, insyaallah pesanan anda akan dihantar dalam kadar masa yang ditetapkan. SMS je saya setelah anda membuat pengesahan pembayaran.

Dan, sebagai promosi Hari Raya untuk pembaca-pembaca blog ini, mulai sekarang hingga 30hb September, saya berikan diskaun RM 30 untuk anda membeli ebuku Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar. Sila dapatkannya di http://www.mytarikhlahir.com Korbankanlah sedikit wang anda untuk memahami diri anda, keluarga dan mereka-mereka yang di sekeliling anda.

Bersempena kehadiran Aidilfitri ini, saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki sekiranya saya ada melakukan kesilapan, terkasar bahasa, membuatkan anda rasa kecil hati, dan sebarang perkara yang kurang disenangi.

Apa yang pasti, saya sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang saya miliki kepada yang lebih baik dengan adanya sokongan dan dorongan daripada anda semua. Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas segala sokongan dan kepercayaan yang telah anda berikan kepada saya selama ini.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri dan Maaf Zahir Batin. Saya doakan kebahagiaan anda sekeluarga.

Pada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya. Biar lambat, asalkan selamat. Denda memandu melebihi hadlaju yang ditetapkan adalah RM 300 on the spot. Takde kompaun mulai seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya.

ikhlas,
Rozzani Din aka abanglon