Assalamualaikum dan salam hormat dari saya.

Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Saya ingin mengingatkan diri saya dan para pembaca sekelian supaya menambah dan meningkatkan ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ini
yang penuh dengan keistimewaan dan bonus-bonus tersendiri.

Biasanya, pada bulan Ramadhan ini, aktiviti perniagaan saya akan berkurangan. Kalau adapun, banyak hadir di mesyuarat-mesyuarat mingguan dengan pelanggan. Saya akan mempunyai lebih masa menulis dan ‘online’.

Insyaallah, pada Ramadhan kali ini, saya akan menghabiskan menulis ebuku kedua saya, “Resepi Kekayaan Mengikut Kaedah Rahsia Tarikh Lahir”.

Juga, saya akan banyak berkongsi ilmu di blog ini dan di blog ‘Zon Perniagaan, Motivasi dan Peningkatan Diri” , di http://www.rozzani.com

Luang-luangkanlah masa anda mengikuti tulisan saya di blog-blog di atas.

Yang paling istimewa adalah jemputan dari TV Brunei yang ingin menyiarkan secara langsung Program Rahsia Tarikh Lahir setiap minggu, bermula minggu depan. Terimakasih saya ucapkan kepada ‘mentee’ saya di Brunei yang bekerja keras untuk mendapatkan slot TV tersebut.

So, sekarang ini kena bekerja lebih kuat lagilah supaya hasil Program TV tersebut akan banyak membantu saudara-saudara kita di Brunei untuk memahami ilmu ASAS tentang diri mereka.

Juga, perancangan sedang dibuat untuk menyediakan Pusat Latihan Rahsia Tarikh Lahir di Brunei yang akan beroperasi selepas Hari Raya nanti, insyaallah

Salam hormat & Jumpa lagi

IKLAN:

#1 Rahsia Peribadi Anda Kini Terbongkar
Ilmu ASAS tentang diri kita, keluarga dan
mereka-mereka di sekeliling kita
http://www.mytarikhlahir.com

#2 Bengkel Rahsia Tarikh Lahir
Fahami diri dan potensi anda sekeluarga
Keserasian Pasangan, Keserasian Rakan Kongsi
http://www.bengkeltarikhlahir.com