Salam kembali.

Pada hari Ahad lepas, saya telah mengadakan siri ke 6 Bengkel Rahsia Tarikh Lahir di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kehadiran peserta-peserta bengkel semakin bertambah. Bagi saya, ini bermakna semakin ramai orang yang ingin memahami kekuatan, kelemahan dan potensi mereka, supaya dapat merancang satu kehidupan yang lebih cemerlang dari sekarang.

Peserta-peserta yang hadir adalah dari pelbagai usia. Yang termuda berusia 21 tahun yang masih mencari pekerjaan. Yang paling senior berusia 58 tahun yang sudah pencen, tetapi masih lagi ingin menambahkan ilmu kehidupan.

Ada yang datang dari Johor Bahru, Manjong, Seremban dan lain-lain tempat di Lembah Kelang. Dan salah seorang peserta adalah Smartzul, pakar Internet Marketing (IM) Malaysia.

bengkel KL 1608 v2

Saya telah berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya miliki sepanjang mempraktikkan ilmu Rahsia Tarikh Lahir ini dalam kehidupan dan perniagaan saya selama ini.

Antara ilmu yang telah di ajar adalah:

1) Memahami pengiraan kaedah Rahsia Tarikh Lahir
2) Menganalisa kekuatan dan kelemahan diri
3) Memahami potensi diri dan keluarga melalui kombinasi nombor
4) Mengetahui pekerjaan yang paling sesuai
5) Mengetahui perniagaan yang paling sesuai
6) Mengaplikasikan rahsia warna
7) Keserasian Pasangan
8) Keserasian Rakan Bisnes
9) Mengaplikasikan arah kejayaan & kekayaan seseorang

Saya berharap kesemua peserta akan mengaplikasikan apa yang di ajar dengan sebaik mungkin.

Jika anda ingin mengikuti bengkel seterusnya, sila buat tempahan di sini:

http://www.bengkeltarikhlahir.com

Jumpa lagi

Bengkel KL Zul v3