Salam kembali.

Pada hari Ahad lepas sy telah mengadakan bengkel Rahsia Tarikh Lahir siri #6 di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, peserta-peserta yang ramai tu berumur 21 tahun ke 58 tahun. Ada yang datang dari Johor Bahru, Manjung, Seremban, dll.

Pelbagai tips dan ilmu yang saya kongsikan bersama mereka. Pelbagai testimoni yang saya terima. Saya akan kongsikan dengan anda dalam post saya yang akan datang.

Insyaallah, bengkel seterusnya adalah dalam bulan Oktober. Kali ini, saya akan ke Alor Setar/Sungai Petani pula. Dah ramai yang minta. Sabah, Sarawak dan Brunei juga sudah menelefon. Insyaallah, saya cuba tunaikan permintaan-permintaan mereka kerana ini adalah ilmu yang patut di ketahui oleh semua orang, tak kira kecil atau besar, tua atau muda, pelajar atau pekerja, usahawan atau peniaga, dll.

Saya akan sediakan jadual secepat mungkin dan update di sini. Jumpa lagi.