Salam kembali.

Setelah genap 2 hari pelancaran PJS 2012, beratus-ratus emel saya terima; samada ingin menyertai PJS, dapatkan info selanjutnya dan ada jugak yang mempersoalkan program ini. Biasalah. Tak semua orang menyokong kita.

Setakat hari ini, 6 orang sudah mengesahkan penyertaan. Alhamdulillah. 25 orang akan mengesahkan penyertaan sebelum Ahad ini. Langkah pertama saya adalah menyediakan Lapuran Peribadi Melalui Kaedah Tarikh Lahir. Selain mengetahui karektor dan potensi diri, mereka akan mengetahui perniagaan yang paling sesuai, warna yang patut digunakan selalu dan arah kekayaan dan kejayaan mereka.

Selepas itu, saya akan membantu mereka menyediakan pelan perniagaan mengikut apa yang mereka pilih.

Anda bagaimana? Sudah bersedia untuk berubah dan mencapai matlamat yang diimpikan ? Pilihannya di tangan anda. Anda yang menentukan arah tuju kehidupan anda.

Jumpa lagi