Salam Hormat.

Apa khabar? Semenjak ebuku “Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar” dipasarkan, pelbagai ragam manusia dengan pelbagai permasalahan yang saya dengar dan cuba selesaikan. Dan, kebanyakan masalah adalah mengenai duit belanja tak cukup, hutang, dikejar along, blacklist oleh bank, perbelanjaan kad kredit yang terlampau, dll.

Oleh itu, setelah memikirkan sedalam-dalamnya dan berdasarkan pengalaman dan kemampuan yang ada, saya membuat keputusan untuk melaksanakan satu program yang saya namakan, “Jutawan Senyap 2012”.

Matlamat atau Sasaran program ini adalah untuk setiap ahli memiliki jumlah pendapatan sebanyak RM 1 juta pada 31 hb Disember 2012.

Program ini akan dilancarkan pada hari Isnin ini, 20 hb Julai 2009. Sesiapa yang sudah memiliki ebuku Rahsia Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar, tentu tahu mengapa saya memilih tarikh ini.

Saya hanya memilih 3000 orang sahaja yang mahu mengubah taraf kehidupan mereka. Setakat ini sudah 50 orang mengatakan persetujuan mereka. Jika anda berminat, sila hantar emel bertajuk ”Ingin Menjadi Jutawan Senyap 2012” ke jutawanrtk@gmail.com.

Sertakan nama penuh anda, alamat sekarang, nombor telefon, tarikh lahir dan matlamat 3 tahun anda.

Kos menyertai program ini akan saya berikan dalam balasan emel saya nanti. Apa yang anda akan dapat:

1) Lapuran Eksklusif Peribadi Anda secara PERCUMA (bernilai RM 30)

2) Ebuku ”Resepi Kekayaan” secara PERCUMA (bernilai RM 90). Ebuku ini masih dalam proses penulisan. Insyaallah, akan dijual di Internet semasa bulan puasa nanti.

3) Rebet RM 50 untuk menghadiri Bengkel-Bengkel yang saya anjurkan.

4) Antara Taktik dan Strategi Untuk Mencapai Kekayaan, seperti:
a. Strategi Pemasaran Perniagaan secara offline dan on-line,
b. Penggunaan Warna,
c. Penggunaan Minda Menarik Kekayaan,
d. Cara Mudah untuk mendapatkan projek kerajaan dan swasta,
e. Cara Mudah untuk mendapatkan bayaran inbois anda,
f. Menyediakan Pelan Perniagaan,
g. Menyediakan Akaun Perbelanjaan Bisnes,
h. Menyediakan Akaun Perbelanjaan Peribadi,
Dan pelbagai lagi strategi yang akan saya ajar berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya ada. Apa yang saya miliki adalah praktikal, bukan teori semata-mata.

5) Consultancy PERCUMA selama SETAHUN samada secara telefon, YM, atau one-to-one.

6) Retreat/Family Day Tahunan (bayaran sendiri),

7) Pelbagai Rebet untuk anda menyertai workshop/bengkel yang akan saya cadangkan

Apa yang akan saya ajarkan sepanjang 1 tahun akan datang adalah berdasarkan kepada pengalaman saya membina empayar perniagaan saya sejak 4 tahun lepas (memang PERIT) dan pengalaman bekerja di dunia korporat, bekerja di syarikat-syarikat MNC, GLC dan Sdn Bhd serta didedahkan kepada tanggunggjawab di bahagian operasi, pembangunan perniagaan, pengurusan projek, pengurusan kewangan dan bajet, perhubungan awam dan perancangan korporat.

Bagi saya, tak perlu nak glamer-glamer masuk suratkhabar, radio dan televisyen. Lebih BAGUS kita menjadi JUTAWAN SENYAP, tak lupa membayar zakat, tak meninggalkan ibadat dan sentiasa membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan.

Okay. Sesiapa yang berminat, sila hantarkan maklumat yang diperlukan ke jutawanrtk@gmail.com.

Tak perlulah hantar emel jika anda sendiri tak konfiden atas kemampuan anda atau kemampuan saya memandu anda mencapai matlamat yang di idam-idamkan. Tak perlulah hantar emel jika anda rasa IMPOSSIBLE.

Saya memerlukan mereka-mereka yang berfikiran positif, sanggup berusaha keras untuk mencapai sasaran dan berani mengubah diri mereka kepada yang lebih BAGUS.

Jumpa lagi.