Salam. Jumpa lagi.

Dalam post yang lepas, saya mengatakan yang kos kehidupan di KL memerlukan RM 3500. Tup-tup keluar berita di akhbar NST (kalau tak silap) yang mengatakan pesara-pesara memerlukan RM 4000 untuk hanya ‘survive’. Jadi apakah yang perlu kita buat utk hanya ‘survive’ di KL dan bandar-bandar besar yang lain.

Barang-barang makin naik harga. Bila dah naik susahnya nak turun. Aduss!!!!

So, apa yang perlu kita buat? Nak buat 2 kerja sehari, mungkin ada yang mampu. Mungkin ada yang dah tak mampu. Kalau dua-dua suami isteri bekerja, siapa nak jaga anak pada waktu malam. Kalau suami yang dah jadi ‘ayah’, tak kan nak biarkan anak membesar begitu saja tanpa di ‘monitor’.

Apakah jawapannya?

Salah satu jawapannya adalah berniaga di Internet. Ada 3 cara nak buat duit di Internet:

1) Jual produk sendiri, samada produk fizikal atau e-buku.

2) Jadi ejen pengeluar produk. Biasanya dikenali sebagai “affiliate”.

3) Sertai perniagaan e-bay.

Untuk mendapat keuntungan mengambil masa. Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang nyata, sepanjang pengetahuan saya, memang akan mendapat pendapatan.

Dalam blog saya ini, di bahagian iklan, ada saya letakkan e-buku dan panduan untuk anda memilih perniagaan yang anda suka. Tak salah kalau ingin mencuba. Modal berniaga di Internet tidaklah semahal perniagaan bukan Internet. Kosnya memang rendah.

Jadi, buatlah keputusan hari ini. Insyaallah, pendapatan pertama anda dari Internet akan anda dapat dalam masa 3 bulan dari tarikh anda memulakannya. Anda boleh hubungi saya jika perlukan sebarang bantuan.

Jumpa lagi.

p/s: Hari ini saya di bengkel membuat laman web. Selama ini saya outsource sahaja. Sekarang, saya ingin menggunakan titik peluh saya untuk design laman web saya sendiri.