Percaya tak akan tajuk di atas. Dari tinjauan rambang sesama kawan-kawan, jumlah RM 3500 diperlukan utk sara hidup di KL ni. Di Penang, JB, Ipoh, Kuantan, dll tidak di ambil kira. Ini berdasarkan kehidupan pasangan suami isteri yang mempunyai 2 org anak dan kereta.

Jika pekerjaan yang anda ada sekarang mencapai angka tersebut, alhamdulillah. Jika belum mencecah, apa nak buat ye.

Kerajaan sekarang ni menggalakkan kita semua untuk melakukan 2 kerja. Tetapi sanggup kah kita? Di siang hari bekerja di pejabat, di malam hari bekerja lagi. Bila masa nak berehat, bila masa nak bermain-main dengan anak-anak?

Apa pilihan yang kita ada? Fikir-fikirkan lah. Semakin anak membesar, semakin tinggilah perbelanjaan kita.

Advertisements