Kod Asas adalah 3

Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – ”all-rounder”. Nombor tiga lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.

Individu ini dilihat sebagai agresif, sangat kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, romantik, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, berkebolehan untuk berfikir dengan baik dan mudah dibawa berunding.

Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.

Sangat popular dan idealistik. Suka membuat orang lain gembira dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapainya.

Yang tak bestnya, suka memulakan sesuatu, tetapi jarang dapat menghabiskan atau menyudahkannya. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu atau berkecil hati.

Analisa Nombor Kombinasi pula menyatakan anda adalah: 1) tidak tetap duduk, selalu bergerak kesana kemari disebabkan pekerjaan ataupun pelajaran, 2) Memiliki aliran wang yang pantas, 3) seorang yang mudah bergaul dengan orang-orang atasan dan berpangkat

Dapatkan strategi kekayaan, strategi kejayaan dan perniagaan yang sesuai dengan diri anda di:

Pakej Lengkap RTK


Perkara yang perlu dipelajari:

1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.

3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu