Kod Asas = 9

Individu ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Seorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti.

Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.

Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram, umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

Sangat penyayang dan pemurah. Mempunyai nasib yang sangat baik, tetapi boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib, perasaan dan mood mereka.

Analisa nombor kombinasi anda pula:

1) Seorang yang cepat berjaya, tetapi tidak kekal lama

2) Seorang yang penuh muslihat dan memiliki gerak hati yang biasanya tepat

3) Seorang yang berhati-hati dengan wang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri anda, ke’jutawan’an anda, potensi penyakit dan strategi beroleh kekayaan, sila dapatkan ebuku terbaru saya di:

Pakej Lengkap RTK

Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

Perkara yang harus diperbaiki:

1) Perlu membina landasan kasih sayang untuk berjaya

2) Belajar untuk mengawal emosi dan mood secara bijak

3) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata

4) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan

5) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri

6) Kurangkan sifat degil.