Kod Asas adalah 6

“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust. Suka membantu dan menjaga seseorang. Teman setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting untuk individu ini. Ianya merupakan titik tolak untuk kebahagiaan mereka. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.

Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian. Sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.

Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada kepentingan.

Antara analisa dari pola nombor kombinasi:

573 – Mudah bergaul dengan orang-orang kenamaan dan pihak atasan

246 – Pandai berceramah atau berpidato atau syarahan

Banyak lagi potensi perniagaan dan potensi penyakit yang menimpa dapat diketahui dengan kaedah ini.

Dapatkan segera di: Pakej Lengkap RTK

Perkara yang harus dipelajari:

1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya

2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri

3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.