Kod Asas = ‘5’

Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru.Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi.

Mempunyai daya naluri yang kuat dalam banyak perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan dikemudian hari, jika dia mahu. Seorang yang realistik dan tegas (sangat munasabah) dan tidak suka berangan-angan.

Sekiranya nombor ‘5’ ini dimiliki oleh individu yang rendah dan miskin, individu ini akan menjadi seorang yang sangat degil dan keras kepala.

Nombor ‘5’ sepatutnya lebih relaks dan tidak cerewet dalam isu-isu kecil dan sekiranya individu ini lebih relaks dalam prinsipnya serta membuang sikap degilnya, maka individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Mereka tidak suka disekat dan amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka perlukan kepelbagaian dan sangat rajin apabila melakukan sesuatu.

Analisa menerusi pola nombor kombinasi:

999 – Anda memiliki banyak peluang untuk kejayaan dan kekayaan. Tetapi, anda selalu terasa sunyi

156 – Anda selalu outstation, samada bekerja atau belajar.

Banyak lagi pola nombinasi yang boleh diperolehi. Dapatkan ebuku saya sekarang

Perkara yang patut di ubah:

1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil

2) Melihat sesuatu dengan teliti

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:

Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Erra Fazira (pelakun popular), Aishwarya Rai (pelakun Bollywood), Bambang Susilo (presiden Indonesia), Soekarno (bekas presiden Indonesia), Ronaldo ( bintang bolasepak Brazil), Abraham Lincoln (bekas presiden USA), Britney Spears (penyanyi di USA)