Kod asas adalah “9”

Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. ‘9’ tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri.

Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun.

Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus.

Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Luaran Nampak kuat tetapi lembut di dalam. Seorang yang emosional. Di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian.

Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram, umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Antara analisa potensi melalui pola nombor kombinasi:

729 – Menawan & Selalu menjadi perhatian orang lain. Memang bagus jika berniaga.

336 – Mempunyai pergerakan wang yang aktif. Berjaga-jaga supaya tidak boros.

Dan banyak lagi analisa yang boleh dibuat dengan kombinasi nombor ini. Dapatkan ebuku terbaru saya di http://www.misteritarikhlahir.com

Perkara yang harus diperbaiki:

1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata

2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan

3) Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:

Megawati Sukarno (bekas Presiden Indonesia), Suharto (bekas Presiden Indonesia), Gisele Bundchen (supermodel), Shirley MacLaine (selebriti Hollywood), Harrison Ford (selebriti Hollywood, Jimmy Carter (bekas Presiden USA), Elvis Presley (selebriti Hollywood-kini arwah)