Kod # 3 – Ceria, Elemen – Api

Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – ”all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki.

Berkebolehan dalam membezakan perkara baik dan jahat. Juga mempunyai kebolehan dan berbakat. Boleh menjadi kaya dan berharta. Kebiasaannya, individu ini akan berjaya dalam masyarakat sebelum umur 30 tahun.

Perkara negatif ialah individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Individu ini mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah) dan kadang kala seorang yang nakal.

Suka berterus terang dalam berkata-kata menyebabkan terdapat turun naik dalam perhubungan. Sekiranya perhubungan ini tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan keretakan dalam perhubungan dan berlaku kekejaman. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu perkara.

Mengikut pola nombor kombinasi pula, anda adalah seorang yang tak suka duduk diam. Anda juga mudah untuk bergaul dengan orang-orang kenamaan dan pegawai atasan. Bagus untuk berniaga ini.

Perkara yang perlu dipelajari:

1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.

3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:

Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United), Robinho (bintang bolasepak Brazil dan Manchester City), Alan Alda (selebriti Hollywood), Bill Cosby (selebriti Hollywood

Dapatkan ebuku saya di http://mytarikhlahir.com untuk mengetahui perniagaan apa yang patut diceburi untuk memastikan pulangan yang lumayan dan terus-terusan menjadi kaya.