Kod # 2 – Pendamai, Elemen adalah Air

Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa

bertenang dalam apa pun keadaan dan peramah. Seorang yang sangat peka dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain.

Biasanya individu ini bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan tetapi mungkin tidak ikut. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat. Individu ini sangat bagus dalam kerja perhubungan awam (PR).

Kelemahannya pula individu ini adalah tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri

Perkara yang perlu dipelajari:

1) Percayalah kebolehan diri sendiri.

2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)

3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:

Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden USA), Madonna (selebriti Hollywood

Huda ada bertanya, ” Boleh ke digunakan rahsia tarikh lahir untuk mencari pasangan hidup??” Jawapan saya -> Memang boleh. Ini adalah untuk memahami bakal suami/isteri dan mertua. Bagus juga untuk bakal mertua memahami bakal menantu.

Dapatkan semuanya itu di www.mytarikhlahir.com

Jumpa lagi