Salam semua.

Seperti yang dijanjikan di ‘post’ terdahulu, saya kongsikan pencapaian saya dalam bulan Januari 09. Seeloknya kita buat penilaian setiap bulan untuk memastikan matlamat tahunan tercapai. Jika anda buat matlamat 3 tahun, pastikan juga buat analisa setiap bulan untuk memastikan anda adalah “on-track”. Ini adalah projek anda dan pastikan anda tidak lalai. Ini juga membantu kita untuk mendisiplinkan diri dalam perjalanan kita menuju matlamat.

Jom kita mulakan:

1) Memiliki gross income sebanyak RM 1 juta dalam tahun 2009. Status terkini:- 5% sudah tercapai

2) Bebas hutang. Tak perlulah saya cerita berapa banyak. Hutang yang masih ada adalah hutang kad kredit dan rumah. Status terkini:- 5% sudah selesai.

3) Menambah satu lagi perniagaan. Status terkini:- sudah menambah perniagaan Internet, iaitu sebagai affiliate untuk ebay, internetwealth dan forex.

4) Menambah 3 lagi pelanggan korporat. Status terkini:- belum ada lagi. Masih melobi.

5) Sponsor 10 orang pelajar tahfiz. Status terkini:- sedang sponsor 2 pelajar.

6) Menulis 2 e-buku. Status terkini:- Sudah menulis dan menjual “Misteri Tarikh Kelahiran” yang sudah berada dipasaran. Anda boleh mendapatkannya di http://www.mytarikhlahir.com

7) Menghabiskan membaca 10 buah buku. Status terkini:- Sudah menghabiskan satu buku bertajuk “Lebuhraya Baru Kebebasan Kewangan”. Sedang membaca “Tarik Kekayaan Melalui Minda”.

Itulah dia status terkini saya dalam mencapai matlamat 2009 yang menjadi sebahagian dari Misi Jutawan 2010 yang saya buat pada tahun 2005 dahulu. Insyaallah matlamat menjadi seorang jutawan pada 2010 akan tercapai.

Semua ini tak mungkin berlaku jika saya tak memahami peribadi saya, tak buat matlamat, tak buat perancangan dan tak melatih minda saya.

Bagaimana dengan anda semua ? Apakah status terkini anda?

Jadi, pada anda yang masih keliru dengan diri anda sendiri, masih melalui banyak kekecewaan, selalu berhadapan dengan masalah dan kegagalan., why not u beli ebuku “Misteri Tarikh Kelahiran” untuk kebaikan anda dan keluarga. Saya pasti anda tidak akan menyesal membelinya, sepertimana 100% pembeli-pembeli ebuku MTK setakat ini.

Dapatkannya di –> http://www.mytarikhlahir.com

Jumpa lagi.