Kini Januari 2009 telah berlalu. Apakah pencapaian yang telah kita dapat pada bulan Januari yang lalu ? Apakah perubahan yang telah kita buat pada bulan yang sama ? Adakah kita sudah membuat matlamat 2009 ? Adakah kita sudah mencapai sebahagian dari matlamat tersebut ? Apakah kita belum membuat matlamat 2009 ?

Hanya kita sahaja yang tahu pencapaian kita. Begitu juga dengan perubahan yang telah dilakukan. Hanya kita, kita dan kita yang akan bertanggungjawab di atas segala tindak tanduk kita. Sememangnya kehidupan kita ini kita yang kena rancang sendiri. Bukan orang lain yang merancang kehidupan kita. Mungkin semasa kita kecil, ibu dan bapa kita yang merancang. Tetapi bila dah besar panjang ni, kitalah yang bertanggungjawab atas kehidupan kita.

Ada yang bertanya kat saya. Macam mana nak merancang ?

Jawapan saya:- kita kena merancang kehidupan kita. Kita mulakan perancangan kehidupan dengan mempunyai matlamat kehidupan, tak kiralah samada sebulan, 3 bulan. 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Kita WAJIB merancang kehidupan kita. Takdelah sampai bercakap “sudah suratan takdir”. Takdir ini sebenarnya kita boleh rancangkan, jika kita mahu.

Ada lagi soalan, iaitu “Macam mana nak tahu perancangan itu adalah tepat seperti matlamat ?”.

Jawapan saya :- Semasa kita buat perancangan, memang kita yakin yang ianya adalah tepat 100%. Tetapi, sila maklum bahawa takde benda yang “perfect” di dunia ini. Tetapi, jika tiada perancangan dan tindakan, macam mana nak tahu betul atau salah. Di dalam kehidupan, kita akan melalui kejayaan dan kegagalan. Takde orang yang terus berjaya. Pelbagai dugaan dan cabaran yang akan kita tempuh sebelum kita menemui kejayaan. Bacalah buku-buku ataupun cerita-cerita pejuang, usahawan, ahli politik, artis-artis popular dan segala macam-macam orang yang berjaya. Mereka akan mengatakan yang mereka telah menempuh kegagalan sebelum berjaya.

Kesimpulannya kita kena ada matlamat, perancangan, taktik dan strategi untuk mendapatkan kehidupan yang kita idam-idamkan. Setiap apa yang kita buat kena ada 4 perkara ini.

Dalam tulisan saya yang seterusnya, saya akan berkongsi pencapaian saya dalam bulan lepas. Tunggu !!!

Ingin saya nyatakan di sini, saya memiliki 3 blog iaitu:

Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar

Zon Kekayaan dan Kejayaan

Lebuhraya Baru Menuju Status Jutawan

Kesemua blog saya berasaskan rahsia tarikh lahir untuk memahami peribadi diri, keluarga, sahabat, rakan sekerja, pelanggan dan bos. Jika anda ingin memahami cara-cara untuk membina matlamat, taktik dan strategi, ikutilah ketiga-tiga blog ini.

Dapatkan analisa dan penjelasan lebih lanjut mengenai diri anda,

sila dapatkan di : Rahsia Tarikh Lahir

Dapatkan taktik dan strategi perniagaan E-Bay dan kuasa lelongnya,

Sila dapatkan di Kekayaan E-Bay

Dapatkan taktik dan strategi kejayaan perniagaan FOREX,

Sila dapatkan di Kekayaan Forex

Dapatkan taktik dan strategi kejayaan perniagaan di Internet,

Sila dapatkan di: Kekayaan Internet

Jumpa lagi