Begini Huraiannya:

Kod Nombor anda adalah 3. Elemen – Api

Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – ”all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki.

Berkebolehan dalam membezakan perkara baik dan jahat. Juga mempunyai kebolehan dan berbakat. Boleh menjadi kaya dan berharta.

Perkara negatif ialah individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Individu ini mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah) dan kadang kala seorang yang nakal.

Suka berterus terang dalam berkata-kata menyebabkan terdapat turun naik dalam perhubungan. Sekiranya perhubungan ini tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan keretakan dalam perhubungan dan berlaku kekejaman. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu perkara.

Mengikut pola nombor kombinasi, anda mudah menyakinkan seorang dan orang mudah tertarik dengan anda. Bagus jika menjadi salesman ataupun memiliki perniagaan sendiri. Anda juga berkemungkinan mudah untuk berjaya dalam perniagaan. Untuk mengetahui perniagaan yang sesuai dengan anda, sila dapatkan ebuku “Misteri Tarikh Kelahiran” di

http://www.mytarikhlahir.com

Perkara yang perlu dipelajari:

1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.

3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:

Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United), Robinho (bintang bolasepak Brazil dan Manchester City), Alan Alda (selebriti Hollywood), Bill Cosby (selebriti Hollywood)