Berikut adalah huraiannya:

Kod = 6.

Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ‘6’ mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan.

Nombor ‘6’ akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat.

Perkara negative pula ialah individu ini suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah.

Individu ini tidak akan mendengar kata orang lain selain orang atasan tetapi mereka ini akan mengambil berat tentang orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Selalu memainkan peranan “pendamai”.

Anda mempunyai kekuatan didalam perkara-perkara yang melibatkan suara, seperti guru, pensyarah, penyanyi, salesperson dan marketing. Anda juga mempunyai pergerakan wang yang aktif, tetapi anda agak boros.

Perkara yang harus dipelajari:

1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya

2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri

3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:

Luis Felipe Scolari (pengurus Chelsea), Rafa Benitez (pengurus Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia), Albert Einstein (kalau tak kenal tak tau la), Jane Seymour (selebriti Hollywood), John Denver(penyanyi lagu-lagu country, USA)

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan/kerjaya yang sesuai, sila dapatkan ebuku “Misteri Tarikh Kelahiran” di SINI.

Terimakasih dan jumpa lagi.