Kod # 2 – Pendamai, Elemen adalah Air

Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasabertenang dalam apa pun keadaan dan peramah. Seorang yang sangat peka dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain.

Biasanya individu ini bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan tetapi mungkin tidak ikut. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat. Individu ini sangat bagus dalam kerja perhubungan awam (PR).

Kelemahannya pula adalah individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri

Perkara yang perlu dipelajari:

1) Percayalah kebolehan diri sendiri.

2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)

3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:

Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden USA), Madonna (selebriti Hollywood)

Untuk mengetahui kerjaya atau perniagaan yang sesuai dengan peribadi anda, sila dapatkannya di mytarikhlahir.com

Sila ke page testimoni untuk memberikan komen anda tentang ketepatan analisa ini

Terimakasih