Begini Huraiannya:

Kod = 8 – Penyelesai Masaalah

Individu ini adalah penyelesai masalah. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan atau mengendalikan sesuatu jabatan, perniagaan, projek atau tugasan. Memang sesuai untuk  mengendalikan manusia.

Individu ini mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang baik. Seorang yang professional dalam melakukan sesuatu tugasan, bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, sangat tegas dan kuat bekerja.

Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi orang yang bernombor 8 ini. Anda juga seorang yang materialistik.

Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:

1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain

2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai kod 8:

Steven Gerrard (bintang bolasepak Liverpool dan England), Osama bin Laden (pejuang Islam), Cindy Crawford (supermodel dan selebriti Hollywood), Barbara Streisand (selebriti Hollywood), Jane Fonda (selebriti Hollywood)