Apa khabar hari ini? Saya doakan kita semua sihat-sihat selalu dan sentiasa ceria. Okay. Setakat ini, kita telah menganalisa apa yang kita telah hadapi pada tahun 2008. Ada cerita gembira, ada cerita sedih, ada cerita mengharukan. Macam-macam ada.

Kita tinggalkan 2008 dan kita mulakan 2009. Apakah matlamat yang ingin kita capai pada tahun 2009 ini? Sudah sediakan pen dan kertas ? Jom kita tuliskan matlamat tahun 2009.

Matlamat saya untuk tahun 2009 adalah:

1) Memiliki gross income  sebanyak RM 1 juta.

2) Bebas hutang

3) Menambah satu lagi perniagaan,

4) Menambah 3 pelanggan korporat untuk perniagaan saya.

5) Sponsor 10 orang pelajar sekolah tahfiz.

6) Menulis 2 ebuku berkenaan self-development dan kebebasan kewangan

7) Menghabiskan membaca 10 buah buku

Insyaallah, berkat usaha dan doa, matlamat saya ini akan dapat dicapai sebelum 30 Disember 2009.

Bagaimana dengan anda semua? Sudah siapkah matlamat anda? Kalau belum, takpe. Ada masa lagi. Yang paling penting ialah ADA MATLAMAT. Ada benda yang nak dicapai sepanjang tahun 2009 ini.

Macam yang banyak orang kata, “Begin With End In Mind”. Mulakan sesuatu dengan mengetahui apakah yang akan dicapai.