Hari sudah hari ke 3, tahun 2009 memulakan perjalanan yang pastinya mempunyai ranjau duri. Sudah pastinya ada suka dan duka sepanjang tahun ini. Adakah kita sudah bersedia mengharunginya?

Seeloknya kita bermuhasabah diri dengan menganalisa dan mengingatkan kembali apa yang kita alami sepanjang tahun 2008. Apakah kejayaan dan kegagalan kita? Apakah perkara-perkara positif dan negative yang telah kita buat sepanjang tahun? Banyakkah kita menyakitkan hati mereka-mereka yang ada sekeliling kita? Adakah kita mendapat bonus dan kenaikan pangkat? Dan lain-lain lagi yang menyentuh kita. Ambillah masa sehari dua memikirkannya dan menulis di buku catatan atau diari kita. Ini adalah untuk mudah kita ‘refer’ semula di hari kemudian.

Setelah membuat analisa tahun 2008, eloklah kita mulakan perancangan tahun 2009. Apakah azam tahun baru kita? Apakah matlamat 2009 kita? Apakah yang hendak kita capai sepanjang tahun 2009 ini yang tentunya memiliki kesenangan dan kepayahannya yang tersendiri.

Orang kata azam tahun baru 2009. Ada yang kata matlamat 2009. Ada yang kata resolusi 2009. Terpulanglah pada diri kita sendiri untuk menentukannya.

Saya mengatakan matlamat 2009 sebab ianya memerlukan tujuan, perancangan dan targetnya. Apabila kita mempunyai target, mudahlah kita untuk membuat perancangan mendapatkannya. Dan semestinya ada pencapaian dekat dan jauhnya. Secara makro, hendaklah ada target untuk 1 tahun. Secara mikronya ada target untuk 6 bulan. Dan target ini biarlah munasabah, supaya memang kita akan mencapainya, sekiranya betul-betul berusaha, berdoa dan bertawakal. Jangan buat matlamat yang IMPOSSIBLE sebab ianya akan dapat membuatkan kita frust dan kecewa.

Jadi para pembaca yang budiman, mulalah menetapkan matlamat 2009 kita mulai hari ini. Biar lambat asalkan kita ada matlamat dan tujuan kita untuk melayari tahun 2009.

Salam hormat dari saya. Artikel selepas ini akan membincangkan matlamat 2009 saya. Juga, saya akan memberikan ulasan apa yang telah saya alami sepanjang 2008.