January 2009


Begini Huraiannya:

Kod Nombor anda adalah 3. Elemen – Api

Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – ”all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki.

Berkebolehan dalam membezakan perkara baik dan jahat. Juga mempunyai kebolehan dan berbakat. Boleh menjadi kaya dan berharta.

Perkara negatif ialah individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Individu ini mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah) dan kadang kala seorang yang nakal.

Suka berterus terang dalam berkata-kata menyebabkan terdapat turun naik dalam perhubungan. Sekiranya perhubungan ini tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan keretakan dalam perhubungan dan berlaku kekejaman. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu perkara.

Mengikut pola nombor kombinasi, anda mudah menyakinkan seorang dan orang mudah tertarik dengan anda. Bagus jika menjadi salesman ataupun memiliki perniagaan sendiri. Anda juga berkemungkinan mudah untuk berjaya dalam perniagaan. Untuk mengetahui perniagaan yang sesuai dengan anda, sila dapatkan ebuku “Misteri Tarikh Kelahiran” di

http://www.mytarikhlahir.com

Perkara yang perlu dipelajari:

1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.

3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:

Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United), Robinho (bintang bolasepak Brazil dan Manchester City), Alan Alda (selebriti Hollywood), Bill Cosby (selebriti Hollywood)

Advertisements

Begini huraiannya:

Kod adalah 8.

Anda seorang yang sangat pendiam, konservatif dan pasif tetapi seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikan anda seorang yang terkenal.Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah.

Anda adalah seorang yang menawan dan mudah menyakinkan orang. Individu nombor ‘8’ ini tidak akan mempermainkan orang lain.

Tetapi kadangkadang kabur dalam apa dilakukan. Individu ini perlu pintar. Luaran Nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut.

Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Mengikut pola kombinasi nombor pula, anda mudah dan senang untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan, seorang yang hiperaktif dan selalu mendapat tanggungjawab.

Perkara yang harus diperbaiki:

1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain

2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:

Steven Gerrard (bintang bolasepak Liverpool), Osama bin Laden (pejuang Islam), Cindy Crawford (supermodel dan selebriti Hollywood), Barbara Streisand (selebriti Hollywood), Jane Fonda (selebriti Hollywood)

Untuk mengetahui kerjaya dan perniagaan yang sesuai dengan anda, sila lawat di sini: Misteri Tarikh Lahir

Terimakasih.

Berikut adalah huraiannya:

Kod = 6.

Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ‘6’ mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan.

Nombor ‘6’ akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat.

Perkara negative pula ialah individu ini suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah.

Individu ini tidak akan mendengar kata orang lain selain orang atasan tetapi mereka ini akan mengambil berat tentang orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Selalu memainkan peranan “pendamai”.

Anda mempunyai kekuatan didalam perkara-perkara yang melibatkan suara, seperti guru, pensyarah, penyanyi, salesperson dan marketing. Anda juga mempunyai pergerakan wang yang aktif, tetapi anda agak boros.

Perkara yang harus dipelajari:

1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya

2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri

3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:

Luis Felipe Scolari (pengurus Chelsea), Rafa Benitez (pengurus Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia), Albert Einstein (kalau tak kenal tak tau la), Jane Seymour (selebriti Hollywood), John Denver(penyanyi lagu-lagu country, USA)

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan/kerjaya yang sesuai, sila dapatkan ebuku “Misteri Tarikh Kelahiran” di SINI.

Terimakasih dan jumpa lagi.


Kod # 2 – Pendamai, Elemen adalah Air

Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasabertenang dalam apa pun keadaan dan peramah. Seorang yang sangat peka dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain.

Biasanya individu ini bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan tetapi mungkin tidak ikut. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat. Individu ini sangat bagus dalam kerja perhubungan awam (PR).

Kelemahannya pula adalah individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri

Perkara yang perlu dipelajari:

1) Percayalah kebolehan diri sendiri.

2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)

3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:

Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden USA), Madonna (selebriti Hollywood)

Untuk mengetahui kerjaya atau perniagaan yang sesuai dengan peribadi anda, sila dapatkannya di mytarikhlahir.com

Sila ke page testimoni untuk memberikan komen anda tentang ketepatan analisa ini

Terimakasih

Kini kita sudahpun menjangkau 20 hari dalam tahun 2009. Sudahkah anda membuat matlamat/azam tahun 2009. Jika sudah, tahniah saya ucapkan. Jika belum, buatlah sekarang. Masih belum terlambat untuk berbuat demikian.

Setelah ada matlamat, kita kena buat strategi untuk mencapainya. Ia boleh jadi strategi harian, mingguan, bulanan, suku tahun dan setengah tahun. Terpulanglah pada anda semua. Bila dah ada strategi, ambillah tindakan untuk melaksanakannya.

Saya rasa anda sudahpun memuat turun laporan PERCUMA rahsia tarikh lahir. Dan tentunya anda semua sudahpun memahami peribadi masing-masing dan mereka-mereka yang disekeliling anda.

Anda juga tentunya sudah memahami kekuatan dan kelemahan anda. Sebagai salah satu matlamat 2009, tingkatkanlah kekuatan dan kurangkan ataupun buanglah kelemahan anda. Jadilah seseorang yang baru di tahun 2009 ini.

Selain dari analisa kekuatan dan kelemahan, rahsia tarikh lahir juga boleh memberitahu potensi, ancaman, kursus-kursus yang patut diambil di universiti, kerjaya dan perniagaan yang sesuai untuk kita. Begitu ‘special’nya ilmu rahsia tarikh lahir ini yang berasaskan kepada kajian metafizik yang berumur ribuan tahun.

Dengan izin Allah swt, saya dijumpakan dengan ilmu rahsia tarikh lahir ini lebih kurang 4 tahun lepas, disaat hidup saya terumbang-ambing tanpa pendapatan tetap. Berpandukan ilmu inilah, saya membuat perancangan 5 tahun untuk mencapai kebebasan kewangan dan menjadi seorang Jutawan. Kini, saya berada di tahun keempat perancangan tersebut. Alhamdulillah, apa yang direncanakan setakat ini telah berhasil dan matlamat 5 tahun itu akan tercapai, insyaallah.

Kini, saya ingin berkongsi ilmu ini dengan tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik sekelian. Laporan PERCUMA rahsia tarikh lahir adalah ebuku pertama saya yang saya tulis secara basic/”asas”.

E-Buku kedua saya bertajuk “Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar” sudahpun berada di pasaran Internet sejak Jumaat lepas. Harganya adalah RM 50. Alhamdulillah, response yang saya terima amatlah menggalakkan. Jualan sudah melebihi 50 naskah dalam masa 3 hari.

Dalam ebuku terbaru ini, saya berkongsi dengan pembaca mengenai analisa kekuatan, kelemahan, potensi dan ancaman secara lebih mendalam. Saya juga menulis tentang kerjaya dan perniagaan yang sesuai dengan diri kita. Dari situ, pelajar-pelajar bolehlah membuat perancangan kursus apa yang hendak diambil semasa di universiti. Ibu bapa juga boleh membuat perancangan kerjaya anak masing-masing.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, sila ke website ini:

http://www.mytarikhlahir.com

Jika anda membelinya dari sekarang hingga 31hb Januari ini, saya beri anda diskaun sebanyak RM 10.

Jadi anda hanya membayar RM 40 sahaja.

Setelah membuat pembayaran, sila isi boring notis pembayaran di website tersebut. Insyaallah, ebuku itu akan diemelkan kepada anda secepat mungkin setelah pembayaran disahkan.

Tunggu apa lagi. Dapatkannya sekarang di:

http://www.mytarikhlahir.com

Anda tidak akan merasa rugi membelinya.

Jumpa lagi

Begini Huraiannya:

Kod = 8 – Penyelesai Masaalah

Individu ini adalah penyelesai masalah. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan atau mengendalikan sesuatu jabatan, perniagaan, projek atau tugasan. Memang sesuai untuk  mengendalikan manusia.

Individu ini mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang baik. Seorang yang professional dalam melakukan sesuatu tugasan, bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, sangat tegas dan kuat bekerja.

Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi orang yang bernombor 8 ini. Anda juga seorang yang materialistik.

Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:

1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain

2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai kod 8:

Steven Gerrard (bintang bolasepak Liverpool dan England), Osama bin Laden (pejuang Islam), Cindy Crawford (supermodel dan selebriti Hollywood), Barbara Streisand (selebriti Hollywood), Jane Fonda (selebriti Hollywood)

Kita sudahpun menghidupkan enjin kereta dengan menetapkan matlamat kita. Kita sudahpun menetapkan matlamat tahun 2009. Pada yang belum, sila buat SEKARANG.

Kini, kita pergi kepada Analisa Peribadi. Saya andaikan analisa peribadi ini sebagai penunjuk arah mana yang nak kita gunakan dan lebuhraya mana yang nak kita tempuh. Kita boleh ambil lebuhraya ataupun jalan tanah merah. Terpulanglah pada diri kita nak ambil yang mana.

Jika anda inginkan analisa peribadi yang lebih mendalam serta mengetahui perniagaan atau kerjaya yang PALING SESUAI dengan anda, sila dapatkannya di website ini : http://www.mytarikhlahir.com. E-buku bertajuk “Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar” ini adalah berdasarkan ilmu yang ada dan pengalaman yang saya alami selama ini. Berlandaskan ilmu inilah, saya terus menongkah arus ,menempuh badai untuk merealisaikan impian 2010 saya.

Menerusi ebuku ini, anda akan mengetahui peribadi anda, keluarga anda, sahabat handai anda dan mereka-mereka yang berada di sekeliling anda, samada penyokong ataupun musuh anda. Anda boleh membuat SWOT Analysis mengenai diri anda selepas ini. S = Strength (Kekuatan), W = Weaknesses (Kelemahan), O = Opportunity (Peluang Yang Ada) dan Threat (Ancaman Yang Bakal Anda Hadapi). Anda juga akan mengetahui asas-asas Kuasa Minda dan Amalan Ibadah seharian yang banyak membantu merealisasikan matlamat kehidupan.

Harga jualan ebuku ini memang rendah berbanding dengan kos-kos yang saya telah keluarkan menghadiri seminar dan membeli buku-buku tentang ilmu ini. Dahulu, saya menghabiskan ribuan ringgit untuk menghadiri seminar dan buku-buku karya Azizi Ali, Robert Kiyosaki, Edward de Bono, Anthony Robbins, dll.

Ianya masih lagi rendah berbanding kos-kos seminar dan buku yang ada dipasaran sekarang. Jika ingin menghadiri seminar, anda kena bayar melebihi RM 500. Jika ingin buku-buku sahaja, anda kena korbankan dalam melebihi RM 200. Terpulanglah pada anda.

Next Page »