Adakah kita pernah bertanya soalan di atas kepada diri kita ? Apakah jawapannya ?

Adakah kita “reda” dan menerima apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita. Macam yang selalu orang cakap “Dah Takdir”. Tahukah anda semua bahawa kita boleh mengubah takdir kita ?

Mungkin anda berfikir “biar betul mamat ni”. Kalau dah takdir, terima ajelah. Mana boleh nak ubah-ubah.

Beginilah. Cuma 3 perkara yang ditetapkan oleh Allah swt, iaitu tarikh mati, tarikh lahir dan jodoh kita. Yang lainnya kita boleh ubah, jika kita mahu berubah.

Macam mana nak mengubahnya ? Caranya senang je, iaitu mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan kita. Oleh itu, kita boleh membuat perancangan untuk kehidupan kita sekeluarga. Ilmu saja yang boleh membezakan kita dengan orang lain. Pernah fikir tak apa bezanya orang yang lulusan SPM dengan yang ada Diploma? Beza antara pemegang DIploma dengan pemegang Ijazah? Pemegang Ijazah dengan pemegang Masters? Pemegang semua tu dengan pemegang Doktorat? Memang banyak perbezaannya, terutama cara pemikiran dan perwatakan mereka. Cubalah anda intai-intai.

Lagi satu adalah budaya masyarakat kita yang kedekut untuk membelanjakan wang sendiri untuk membangunkan diri sendiri. Kalau boleh, semuanya adalah FREE. Tetapi, di dunia ini takde benda yang free. Kita kena berkorban sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.

Bila nak buat “self development” kedekut, tetapi bila nak berjudi, ambil nombor ekor, minum arak dan merokok, anytime je. Sanggup belanja berapa saja. Tahukan anda bahawa perbelanjaan judi dan arak pada tahun lepas adalah hampir RM 1 billion. Banyak tuh. Walhal, ianya tidak memberikan sebarang kebaikan atau pembangunan diri pada yang terlibat. Menjahanamkan diri adalah.

Perokok pula, secara purata membelanjakan antara RM 250 ke RM 400 sebulan bagi tujuan itu. Apa yang dapat? Hanyalah membakar dan membuang duit serta ada harapan nak dapat kanser.

Fikir-fikirkanlah. Bak kata Nabil, Raja Lawak 2, “Lu pikirlah sendiri”

Mulakanlah perancangan anda untuk sesuatu yang lebih baik dari sekarang. “Tuhan tidak akan mengubah kehidupan seseorang, selagi dia tak mahu berusaha mengubah kehidupannya”

Macam mana nak mula? Buatlah analisa kekuatan, kelemahan dan potensi anda. Lepas tu buat perancangan. Last sekali adalah “ACTION”. Take action today. Untuk analisa diri anda, jengok-jengoklah ke http://www.mytarikhlahir.com

Insyaallah kita semua akan berjaya dalam kehidupan kita.