Jika kita bertanyakan kepada mereka-mereka yang menjadi jutawan atau billionair, kesemua mereka pernah merasa kegagalan (kecuali mereka-mereka yang keluarga atau keturunan yang memang kaya). Malah ada yang pernah bankrap. Tetapi, mereka tidak mengalah. Bacalah buku-buku mengenai pengasas McDonalds, Anthony Robbins, Robert Kiyosaki, Syed Mokhtar, Lim Goh Tong dan lain-lain.

Tak kira dimana situasi kita sekarang dan tak kira berapa usia kita, kejayaan dan kekayaan adalah milik kita. Cuma, kita kena cari dimana rahsianya, dimana kuncinya, macam mana nak buat (strategi), berusaha dan bertawakal.

Jadi, kalau ada yang sedang kecewa, mempunyai masalah kewangan, masalah pembelajaran, masalah keluarga dan pelbagai masalah lagi, janganlah kecewa. Jangan give-up. Hidup masih diteruskan. Perjuangan masih belum selesai. Selagi kita bernafas, selagi itu kita kena berusaha. Kita terus belajar.

Saya cadangkan anda pembaca budiman, supaya membaca buku-buku berkenaan, “Unlimited Power (Anthony Robbins)”, “Rich Dad Poor Dad (Robert Kiyosaki)”, “Dare To Fail (Billi Lim)”, “Millionaires are from different Planet (Azizi Ali), dan beberapa lagi buku. Inilah buku-buku yang saya baca sejak bermula menjadi seorang usahawan.

Takde ada yang senang didunia ini. Semuanya memerlukan usaha. Semuanya memerlukan wang. Melangkah je keluar dari rumah, perlukan wang.

Ubahlah hidup kita. Buat perancangan diri sendiri, bukannya orang lain yang merancang untuk kita. Insyaallah, Tuhan akan melaksanakan impian kita.

Dapatkan ebuku saya hari ini untuk menganalisa diri anda dan membuat perancangan kehidupan.

Salam kejayaan dari saya.