Salam kembali.

Jom kita bercerita tentang Strength (S), Weaknesses(W), Opportunities (O) dan Threat (T). Kebiasaannya di setiap syarikat, lebih-lebih lagi syarikat korporat, berhad, GLC (Government-linked Company) dan MNC (Multi National Company), mereka akan mengadakan sesi business plan setiap tahun. Ada yang ambil masa sehari, 3 hari, seminggu, sebulan dan 3 bulan untuk membuat sesi business plan dan perancangan tahunan mereka. Dari situ, mereka akan membuat analisa SWOT ini untuk merancang perniagaan pada tahun seterusnya.

Dari sesi business plan ini, mereka akan membuat cadangan perbelanjaan, perolehan dan keuntungan. Dari situ, strategi-strategi akan dibuat untuk memaksimakan keuntungan. Ada yang berjaya dapat apa yang dirancangkan dan ada yang tak dapat. Kebiasannya, yang gagal dapat tu adalah kerana mereka tidak melaksanakan setiap strategi yang dibuat.

Berbalik pula pada kita sebagai individu. Adakah kita membuat SWOT Analysis untuk diri kita sendiri? Adakah kita buat perancangan dan strategi untuk mendapatkan apa yang kita nakkan pada tahun hadapan? Orang selalu cakap pasal azam tahun baru. Selalunya pada bulan Disember. Dan kita dah dekat ni tuk tahun 2009. Adakah azam yang kita buat selalu tercapai, atau hanya kosong sahaja.

Jadi, tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik pembaca yang budiman, mulakanlah buat perancangan untuk tahun 2009 dan buatkan strategi untuk mencapainya. Sepatutnya setiap tahun kita ada perubahan yang menaik, bukan menurun.

Ada yang tanya saya, “Macam mana saya nak buat azam?”

Cadangan saya adalah u buat azam di segi kekeluargaan, kekayaan dan kerohanian.

Contohnya :

1) di segi kekeluargaan, berazamlah untuk balik kampung jumpa keluarga dan mak ayah sekali sebulan.

2) di segi harta, berazamlah untuk menyimpan 10% dari pendapatan setiap bulan.

3) di segi kerohanian, jangan tinggal sembahyang. pada lelaki, kurangkan “tuang” sembahyang Jumaat.

4) untuk pelajar, kalau tahun ini dapat nombor 10, tahun depan target nombor 1.

Macam-macam azam yang boleh dibuat. terpulang pada kemahuan masing-masin.

Macam mana pula nak analisa kekuatan, kelemahan, potensi dan threat pada diri kita sendiri. Ini anda boleh dapati di ebuku saya – “Rahsia Tarikh Lahir”.

Bila nak buat sesuatu kena “Begin With End In Mind”. Kita dah tahu apa kesudahannya. KIta dah tahu apa target kita. Lepas tu kita corakkan strategi kita. Insyaallah, berkat usaha, doa dan tawakal kita, apa yang di target itu akan menjadi realiti.

Ayuh, semua. Kita jadikan tahun 2009 adalah tahun di mana kita menukarkan kemiskinan ke KEKAYAAN, menukarkan kesusahan kepada KESENANGAN, menukarkan kedukaan kepada KEBAHAGIAAN dan menukarkan negatif menjadi POSITIF.

Ini semua adalah dalam kawalan kita. Kita sendiri yang menentukan arah kehidupan kita. KITA, KITA, KITA dan KITA yang akan merasa susah senangnya. Bukan orang lain.

Dapatkan ebuku : Rahsia Tarikh Lahir Untuk Kejayaan, Kekayaa dan Kecemerlangan Hidup: di

www.mytarikhlahir.com

Sekian dahulu. Salam hormat dari saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s