Salam semua.

Semua cerita mempunyai permulaan dan penghujungnya. Kalau kita tengok drama-drama kat tv tu, skripnya mempunyai permulaan dan penghujung. Saya suka tengok cerita CSI, CSI Miami dan CSI New York. Saya suka mengkaji bagaimana dan cara mereka menganalisa setiap kes yang dialami. Dan memangnya setiap kes itu ada permulaan dan penamat.

Begitu juga dengan hidup kita. Permulaannya adalah bila kita lahir di dunia yang tentunya ada tarikh. Begitu juga bila kita mati yang tentunya ada tarikh.

Jadi, antara tarikh lahir dan tarikh kematian itulah kita menjalani sebuah kehidupan. Dicelah-celahnya, kita perlu menjalani kehidupan sebaik mungkin. Antara tarikh lahir dan tarikh kematian tu, tak kiralah samada 1 tahun, 10 tahun, 30 tahun, 50 tahun, 70 tahun ataupun 100 tahun, kita semua mahukan satu kehidupan yang bahagia tanpa sebarang masalah. Tetapi, mana ada orang yang takde masalah kan ?

Saya boleh katakan bahawa antara kelahiran dan kematian kita, terdapat pelbagai skrip. Untuk kekayaan ada skripnya, Untuk kemiskinan ada skripnya. Untuk kecemerlangan, ada skripnya.

Jadi, skrip mana yang kita pilih ? Bagaimana kita nak menulis skrip tersebut ? Adakah kita sendiri yang tulis skrip ataupun orang lain akan tuliskan skrip kehidupan kita ?

Jika anda tuan-tuan dan puan-puan sahabat yang budiman, sekiranya anda mahu menulis skrip kehidupan sendiri yang penuh dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan, mulakanlah dengan memahami rahsia tarikh lahir anda. Disitu anda boleh memahami karektor anda dan potensi yang anda ada. Dan buatlah skrip itu dengan sebaik mungkin.

Mulakanlah dengan mengenali diri anda melalui tarikh lahir. Dapatkannya di www.mytarikhlahir.com

Kita sambung lagi. Semoga hari ini akan penuh dengan kebahagiaan untuk kita semua.

Wassallam.