Salam semua. Selamat Kembali.

Maaf kerana tidak menulis sejak hari Isnin kerana bercuti raya. Di kampung saya tiada broadband servis. Walaupun begitu, saya sudah berjaya menghabiskan 70% penulisan untuk e-buku/buku terbaru saya bertajuk “Panduan Asas Rahsia Mengenali Diri Melalui Tarikh Lahir – Untuk Kebahagiaan, Kekayaan dan Kepuasan Hidup”. Insyaallah, kalau tiada aral, e-buku/buku ini akan berada di pasaran pada 2-11-2008 ini.

Saya menerima banyak sms dan email meminta saya menghuraikan tarikh lahir mereka. Insyaallah, mulai esok saya akan menganalisa tarikh lahir mereka.

Dalam perkembangan lain, domain name untuk blog saya akan bertukar kepada: http://www.metafizik4.com mulai 02-11-2008 ini. Buat masa sekarang, anda boleh terus mengakses URL ini. Pertukaran ini adalah kerana saya sudah memiliki Domain sendiri dan server yang memudahkan lagi melakukan penulisan.

Salam hormat dan selamat malam.

p/s: sebelum tidur, berterimakasih kepada Allah swt atas segala apa yang kita alami pada hari ini. Tanamkan azam untuk hari yang lebih cemerlang esok. Katakan pada diri anda sesuatu yang positif untuk menggerakkan minda separa sedar anda.