Salam dan selamat kembali. Hari ini kita cerita sikit tentang minda, satu anugerah yang tak ternilai untuk kita dari Allah swt.

Ramai dari kita sentiasa tercari-cari RAHSIA atau STRATEGI untuk mendapat kekayaan ataupun adakalanya disebut Kebebasan Kewangan. Siapa yang tak nak bebas dari hutang-piutang dan berbelanja tanpa had. Buka aje wallet, bayar cash. Tak payah kad kredit. Rasanya ianya adalah ‘fitrah’ manusia untuk memiliki kekayaan.

Sebenarnya kita semua berhak dan mempunyai hak untuk memiliki kekayaan. Bezanya adalah minda atau mentaliti untuk beroleh kekayaan perlu ada di setiap individu. “Everything is in the mind”. Macam mana kita program kan minda kita begitulah apa akan terjadi pada kita. Kita berhak untuk memiliki kekayaan. Kita perlukan duit untuk hidup. Bukan hidup untuk duit. Dan kita perlu ingat bahawa kekayaan yang kita dapat adalah untuk dikongsi dengan mereka-mereka yang memerlukan.

Dikalangan mereka-mereka yang berjaya dan beroleh kejayaan, sebenarnya mereka telah pun memprogramkan di minda mereka dan mempunyai kepercayaan yang utuh yang mereka akan beroleh kekayaan dan kebebasan kewangan, SEBELUM mereka mencapainya. Ini bermakna, pada mereka-mereka yang inginkan kebebasan kewangan perlu memprogramkan di minda dan mentaliti mereka akan kejayaan mereka SEKARANG ini. Jangan lengah-lengah lagi.

Mulai hari ini, tukarkan kemiskinan kepada KEKAYAAN dengan cara menukarkan dan melatih minda kita untuk beroleh KEKAYAAN.

Macam mana nak buat tu ? Tungguuuuu !

Teruskan membaca blog ini setiap hari.