Saya cerita lagi tentang kaedah yang digunakan.

Kaedah yang kami gunakan ini bukanlah menilik nasib ataupun meramal nasib yang ternyata haram di sisi agama.

Kaedah ini berasaskan kepada “Kajian Human Science Behaviour/Pattern”. Ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ianya telah dibukukan, dipermudahkan dan boleh dipelajari oleh mereka-mereka yang berminat untuk merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, samada untuk kita ataupun keluarga kita.

Kajian ini macam satu survey ke atas seseorang yang lahir pada tarikh yang sama yang berlainan tahun. Berapa juta orang di dunia ini yang lahir pada tarikh lahir yang sama. Kalau kita nak buat sendiri, sanggupkah kita ? Cuba pergi ke Jabatan Pendaftaran dan analisa setiap orang yang datang dan rekodkan karektor, perangai dan data-data peribadi mereka. Cubalah kalau sanggup. Saya tak sanggup. Saya lebih rela membaca buku dan browse di Internet.

Terpulanglah pada kita untuk menerima ataupun tidak. Anda tidak dipaksa. Dalam kehidupan, selalunya kita mempunyai pilihan. Kadang-kadang tu ada 2, 3, 4, 10, 50 atau 100 pilihan. Kita yang kena buat pilihan sebab kita yang bertanggungjawab ke atas diri kita, bukannya orang lain. Jika anda gagal dalam sebarang perkara, salahkan diri sendiri, bukan orang lain. Be responsible.

Kita juga mempunyai pilihan untuk berterusan hidup bahagia dan gembira. Kita juga mempunyai pilihan untuk hidup sempit dan melarat. Semuanya di atas kita.

Anda boleh terus melupakan blog dan tulisan saya ini dan meneruskan kehidupan anda seterusnya dengan gembira.

Ataupun anda boleh meneruskan membaca blog ini setiap hari dan mendapat ilmu yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan anda.

Ataupun anda boleh mendaftar di workshop-workshop kami, mendapatkan ilmu mengenali diri anda ini, mempraktikkan strategi yang di ajar dan seterusnya mengalami satu kehidupan yang penuh dengan kejayaan, kekayaan, kesihatan yang baik dan kesejahteraan.

Ataupun anda boleh membeli buku elektronik “Panduan Asas Mengenali Diri Melalui Tarikh Lahir – Untuk Kejayaan, Kekayaan dan Kecemerlangan Hidup” yang akan dipasarkan mulai 1hb November 2008. Harganya adalah RM 40. Murah je. Anda boleh book hari ini dan mendapat PERCUMA software pengiraan tarikh lahir. Takyah pening-pening kepala mengira. Masuk je tarikh, tekan enter dan tersiarlah nombor asas dan elemen.

Buatlah pilihan anda.

salam hormat