Ini soalan popular. Adakah ini menilik nasib atau ramalan nasib ? Kita tahu bahawa menilik nasib adalah HARAM bagi umat Islam.

Setiap manusia mempunyai kebaikan dan kejahatan dalam diri mereka.

Tidak ada seorang pun yang “sempurna” selain Allah swt yang Maha Bijaksana. Kita dijadikan olehNya lengkap dengan persoalan hidup dan jawapannya. Terpulanglah pada kita untuk mencari dan menggunakan apa yang telah diberikan Nya.

Sebagai contoh – Adakah kita tahu apa kejahatan kita ? Kita cuma tahu bila orang mengatakan apa kita buat adalah salah. Kita cuma sedar bila ditangkap polis, bila kena tegur oleh ibu-bapa ataupun boss tempat kerja kita. Jadi, adalah lebih baik bagi kita untuk menyedari apa keburukan kita terlebih dahulu supaya kita lebih berwaspada dalam meniti kehidupan.

Lagi satu, apakah potensi kita ? Kita selalu dengar bahawa kebanyakan orang yang bekerja mengatakan apa yang dia belajar di kolej atau universiti, cuma pakai dalam 10 % atau 20 % sahaja dari apa yang dipelajari dalam alam pekerjaan mereka. Mengapa ini berlaku ? Sedangkan mereka belajar 3, 4, atau 5 tahun mendapatkan diploma dan ijazah masing-masing. Alangkah ruginya begitu. Alangkah bagusnya bila dia ambil kursus yang berpadanan dengan diri dia. Contohnya, saya sendiri. Saya mengambil kursus kejuruteraan elektrik. Kerja pula dalam industri komputer dan telekomunikasi. Berniaga pula dalam industri telekomunikasi, pendidikan dan percetakan. Bila perniagaan tak kemana, baru belajar mengenali rahsia diri dan praktikkan. Alhamdulillah, so far so good.

Contoh lain adalah isteri saya. Ada degree dalam Kejuruteraan Elektrik. Tetapi, bekerja sebagai bank officer, yang sama dengan Rahsia Tarikh Lahirnya. Alhamdulillah, tiada permasalahan dalam kerjaya beliau. Adakah itu Suratan atau Kebetulan ??

Kita disuruh untuk mencari ilmu dan berusaha untuk memantapkan kehidupan kita untuk bahagia di dunia dan di akhirat.

Terpulanglah pada anda pembaca budiman sekelian. Terpulanglah pada keterbukaan anda untuk menerima sesuatu yang baru. Terpulanglah pada anda mengubah hidup anda hari ini dari banyak problem ke kurang problem. Terpulanglah pada anda untuk mengubah hidup anda dari serba kepayahan kepada kesenangan.

Kenapa seseorang itu berjaya atau tidak pun bergantung dengan cara dia berfikir dan berapa terbukanya dia dengan kuasa yang ada pada ILMU dan KAJIAN tentang sesuatu. Dengan ilmu, dan kajian kita boleh naik ke bulan. Dengan ilmu dan kajian kita boleh baiki kereta. Dengan ilmu dan kajian kita boleh ada lampu yang terang-benderang menerangi malam. Dan biasanya orang yang mengkaji itu dan berilmu itu, potensi dia untuk kaya sangat tinggi

Bagi saya, tak salah mempelajari dan mempraktikkan ilmu Mengenali Diri Melalui Tarikh Lahir ini. Kalau saya silap, tolong perbetulkan saya.

Fikir-fikirkanlah. Anda tidak dipaksa untuk percaya.

Wallahualam.