Huraian untuk Azima yang hantar sms:

Nombor Asas adalah 2, Elemen adalah Air.

Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.

Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.

Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.

Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Analisa Kombinasi Pola Nombor Dalam Piramid Nombor:

393 – Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama

573 – Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan

966 – Mudah untung, bagus jadi usahawan

235 – Beremosi, mudah terusik dan baran

Saya tak cerita pasal kekayaan dan wang yang u ada. Memang interesting. Hadirilah workshop kami untuk memahami lebih lanjut.

Terimakasih