Biarpun Allah menentukan qadak dan qadar seseorang, namun nasib yang dialami oleh seseorang itu ada kaitannya dengan tindak-tanduk, cara berfikir dan bertindak. Usaha yang dilakukan biar dalam keadaan apa sekalipun, tidak semestinya membuahkan apa yang dihajati. Banyak faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi tindak-tanduk seseorang.

Sesungguhnya tugas kita sebagai hambaNya adalah berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin, berdoa kepada Allah, kemudian menyerah diri kepadaNya. Inilah yang dinamakan tawakal. Hanya Allah yang menentukan segala-galanya, menurut ihsan-Nya yang tidak boleh diubah atau digagahi oleh manusia.

Tugas kita adalah berusaha, manakala kemustajaban atau kemakbulan adalah urusan Allah swt.

Dalam konteks ini, bagi saya mengetahui karektor kita dan merealisasikan strategi-strategi yang didapati dari analisa Rahsia Tarikh Lahir kita adalah salah satu usaha untuk beroleh impian kita.

Wallahualam.