Wow. Saya terharu bila mendapat banyak pertanyaan mengenai Rahsia Tarikh Lahir pembaca sekelian. Anda telah melakukan langkah pertama untuk sebuah kehidupan yang lebih baik demi kekayaan, kebahagian dan kesejahteraan hidup anda semua.

Bagi saya, ini bermakna ribuan manusia di luar sana mahukan perubahan dalam kehidupan mereka. Sudah tentunya perubahan ke arah kebaikan dan cita-cita masing-masing.

Pada yang telah meminta saya menganalisa Rahsia Tarikh Lahir, insyaallah saya akan tunaikan semuanya. Tetapi, ianya akan mengambil masa sebab banyak permintaan. Bagi saya seminggu untuk menganalisa 50 permintaan ini. Saya akan reply ke email anda atau saya akan paparkan dalam blog ini. Semoga kita semua akan sama-sama belajar.

Sekian untuk kali ini. Selamat Malam.

p/s: Sebelum tidur, ambil masa sepuluh minit untuk memikirkan perbuatan baik yang telah anda lakukan hari ini. Juga ambil 5 minit, bercakap pada diri anda sendiri apakah anda mahu, samada kekayaan, kebahagiaan, kesihatan yang baik atau apa saja kebaikan. Ini adalah latihan untuk minda separa sedar kita.