Di sekeliling kehidupan kita terdapat nombor-nombor. Tak percaya ?

Bukan ke tarikh lahir itu nombor, alamat rumah pun nombor, handphone kena ada nombor, tarikh perkahwinan adalah nombor, lesen perniagaan ada juga nombor, nombor giliran kat pejabat pos dan bank adalah nombor, kat hospital pun ada nombor giliran, kat kereta kita lagi banyak nombor, iaitu nombor plat, nombor enjin, nombor road tax dan banyak lagi nombor-nombor yang telah kita tempuhi sepanjang kehidupan kita.

Tetapi, jangan beli nombor. itu haram disisi agama.

Pernahkah terlintas di hati anda mengapa anda di lahirkan pada masa dan tarikh tertentu? Saya pernah, iaitu bila saya mula belajar memahami diri saya sejak 5 tahun lepas. Mengapa Tuhan itu melahirkan kita semua pada masa dan tarikh yang berbeza-beza? Mesti ada sebabnya yang kita tidak tahu dan sebab itulah kita kena belajar untuk tahu.

Allah swt tu Maha Bijaksana. Kita telah dijadikan lengkap dengan persoalan hidup dan jawapannya. Terpulanglah pada kita untuk menggunakan apa yang diberikannya.

Kaedah numerologi dan sains metafizik yang berusia beribu-ribu tahun lamanya digunakan sebagai panduan untuk membuat keputusan yang tepat. Digunakan sejak zaman tamadun Sumeria, Mesir Kuno, Yunani, China dan Arab. Anda tentu pernah dengar Tajul Muluk.

Kaedah ini sesuai digunakan sebagai garis panduan untuk kita bergerak ke arah yang dituju untuk mendapat satu kehidupan dan kesempurnaan yang kita impikan. Tidaklah nanti kita akan menyesal kerana gagal menggunakan “Kunci Hebat” yang kita ada.