Melalui kaedah pengiraan tarikh lahir, kita juga dapat menganalisa apakah kekuatan (strength), kelemahan (weakness), pekerjaan yang patut kita ambil, perniagaan yang patut kita lakukan, strategi untuk meningkatkan kekayaan kita, penyakit yang kebiasaannya kita alami dan kedudukan kewangan kita.

Berkemungkinan kita dapati bahawa analisa kita membuahkan sesuatu yang kita tak suka. Namun, ada strategi dan cara-cara yang sesuai yang boleh kita gunakan untuk kebahagiaan, kekayaan, kesihatan dan kehidupan yang memuaskan.

Ingat bahawa sesuatu penyakit ada ubatnya. Dan Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang selagi dia tak cuba mengubah keadaan diri mereka sendiri. Kita sentiasa diberi pilihan, dan buatlah pilihan yang tepat yang kita fikirkan elok untuk kita dan keluarga.

Rahsia Tarikh Lahir banyak membantu saya dalam kehidupan dan perniagaan saya. Alhamdulillah