September 2008


Kepada semua pembaca-pembaca yang budiman.

Di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Maaf Zahir Batin.

Ampunkan saya sekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam huraian dan penulisan saya. Ada kecik hati ke, maafkan saya. Ada kata tak betul ke, maafkan saya. Huraian tersebut adalah berasaskan apa yang saya pelajari dan baca dan faham selama 8 tahun ini.

Pada yang memandu untuk balik ke kampung dan balik semula ke rumah anda, berhati-hati di jalanraya. Highway tu bukan tempat untuk berlumba. Hormatilah pemandu-pemandu lain dan undang-undang keselamatan jalanraya.

Wassallam.

Advertisements

Kepada mereka-mereka yang terpilih menerima huraian tarikh lahir mereka, sila lah beri komen anda di sini. Adakah 80 % betul, atau 85 % atau 90 % atau 100 % betul.

Ini adalah untuk sama-sama mengetahui apakah cara yang saya gunakan dapat membantu anda mengenali diri anda dengan sebaik mungkin.

Yang hantar melalui emel, anda akan dibalas melalui emel juga.

Yang hantar melalui sms, huraian tarikh lahir anda akan disiarkan diblog ini.

Terimakasih atas sokongan anda semua.

Cuba fikirkan sejenak persoalan-persoalan ini :

Apakah anda benar-benar mengenali diri anda ?

Apakah kekuatan anda ?

Apakah kelemahan anda ?

Apakah potensi anda yang sebenarnya ?

Kenapa anda selalu kehabisan duit ?

Kenapa anda selalu gagal dalam perniagaan ?

Anda sudah lakukan macam-macam cara, tetapi masih belum Berjaya ?

Apakah kerjaya atau bisnes yang sesuai yang sebenarnya ?

Bagaimana anda hendak mengenali rahsia orang lain seperti isteri/suami anda, bakal mertua anda, bakal menantu anda, bakal rakan niaga anda, bakal pekerja anda ataupun sesiapa sahaja?

Jika anda dapat menjawab soalan-soalan diatas, anda bolehlah tinggalkan blog ini.

Sekiranya anda gagal menjawab soalan-soalan di atas, teruskan kekal bersama saya di blog ini.

Jika anda tercari-cari panduan mengenali diri anda melalui tarikh lahir, pencarian anda berakhir diblog ini. Anda boleh memilih untuk hadir workshop kami ataupun membeli e-book.

Selamat Berbuka Puasa untuk hari ke 25 Ramadhan ini.

Sekiranya anda online dan nak ber YM dengan saya, sila gunakan username ini:

metafizik4

Saya biasa online waktu pagi, antara 8.00 ke 10.00 pagi dan waktu malam antara 11.00 mlm ke 1.00 pg. Sekiranya nak berkomunikasi, silakan.

Salam dan selamat kembali. Hari ini kita cerita sikit tentang minda, satu anugerah yang tak ternilai untuk kita dari Allah swt.

Ramai dari kita sentiasa tercari-cari RAHSIA atau STRATEGI untuk mendapat kekayaan ataupun adakalanya disebut Kebebasan Kewangan. Siapa yang tak nak bebas dari hutang-piutang dan berbelanja tanpa had. Buka aje wallet, bayar cash. Tak payah kad kredit. Rasanya ianya adalah ‘fitrah’ manusia untuk memiliki kekayaan.

Sebenarnya kita semua berhak dan mempunyai hak untuk memiliki kekayaan. Bezanya adalah minda atau mentaliti untuk beroleh kekayaan perlu ada di setiap individu. “Everything is in the mind”. Macam mana kita program kan minda kita begitulah apa akan terjadi pada kita. Kita berhak untuk memiliki kekayaan. Kita perlukan duit untuk hidup. Bukan hidup untuk duit. Dan kita perlu ingat bahawa kekayaan yang kita dapat adalah untuk dikongsi dengan mereka-mereka yang memerlukan.

Dikalangan mereka-mereka yang berjaya dan beroleh kejayaan, sebenarnya mereka telah pun memprogramkan di minda mereka dan mempunyai kepercayaan yang utuh yang mereka akan beroleh kekayaan dan kebebasan kewangan, SEBELUM mereka mencapainya. Ini bermakna, pada mereka-mereka yang inginkan kebebasan kewangan perlu memprogramkan di minda dan mentaliti mereka akan kejayaan mereka SEKARANG ini. Jangan lengah-lengah lagi.

Mulai hari ini, tukarkan kemiskinan kepada KEKAYAAN dengan cara menukarkan dan melatih minda kita untuk beroleh KEKAYAAN.

Macam mana nak buat tu ? Tungguuuuu !

Teruskan membaca blog ini setiap hari.

Saya cerita lagi tentang kaedah yang digunakan.

Kaedah yang kami gunakan ini bukanlah menilik nasib ataupun meramal nasib yang ternyata haram di sisi agama.

Kaedah ini berasaskan kepada “Kajian Human Science Behaviour/Pattern”. Ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ianya telah dibukukan, dipermudahkan dan boleh dipelajari oleh mereka-mereka yang berminat untuk merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, samada untuk kita ataupun keluarga kita.

Kajian ini macam satu survey ke atas seseorang yang lahir pada tarikh yang sama yang berlainan tahun. Berapa juta orang di dunia ini yang lahir pada tarikh lahir yang sama. Kalau kita nak buat sendiri, sanggupkah kita ? Cuba pergi ke Jabatan Pendaftaran dan analisa setiap orang yang datang dan rekodkan karektor, perangai dan data-data peribadi mereka. Cubalah kalau sanggup. Saya tak sanggup. Saya lebih rela membaca buku dan browse di Internet.

Terpulanglah pada kita untuk menerima ataupun tidak. Anda tidak dipaksa. Dalam kehidupan, selalunya kita mempunyai pilihan. Kadang-kadang tu ada 2, 3, 4, 10, 50 atau 100 pilihan. Kita yang kena buat pilihan sebab kita yang bertanggungjawab ke atas diri kita, bukannya orang lain. Jika anda gagal dalam sebarang perkara, salahkan diri sendiri, bukan orang lain. Be responsible.

Kita juga mempunyai pilihan untuk berterusan hidup bahagia dan gembira. Kita juga mempunyai pilihan untuk hidup sempit dan melarat. Semuanya di atas kita.

Anda boleh terus melupakan blog dan tulisan saya ini dan meneruskan kehidupan anda seterusnya dengan gembira.

Ataupun anda boleh meneruskan membaca blog ini setiap hari dan mendapat ilmu yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan anda.

Ataupun anda boleh mendaftar di workshop-workshop kami, mendapatkan ilmu mengenali diri anda ini, mempraktikkan strategi yang di ajar dan seterusnya mengalami satu kehidupan yang penuh dengan kejayaan, kekayaan, kesihatan yang baik dan kesejahteraan.

Ataupun anda boleh membeli buku elektronik “Panduan Asas Mengenali Diri Melalui Tarikh Lahir – Untuk Kejayaan, Kekayaan dan Kecemerlangan Hidup” yang akan dipasarkan mulai 1hb November 2008. Harganya adalah RM 40. Murah je. Anda boleh book hari ini dan mendapat PERCUMA software pengiraan tarikh lahir. Takyah pening-pening kepala mengira. Masuk je tarikh, tekan enter dan tersiarlah nombor asas dan elemen.

Buatlah pilihan anda.

salam hormat

Ini soalan popular. Adakah ini menilik nasib atau ramalan nasib ? Kita tahu bahawa menilik nasib adalah HARAM bagi umat Islam.

Setiap manusia mempunyai kebaikan dan kejahatan dalam diri mereka.

Tidak ada seorang pun yang “sempurna” selain Allah swt yang Maha Bijaksana. Kita dijadikan olehNya lengkap dengan persoalan hidup dan jawapannya. Terpulanglah pada kita untuk mencari dan menggunakan apa yang telah diberikan Nya.

Sebagai contoh – Adakah kita tahu apa kejahatan kita ? Kita cuma tahu bila orang mengatakan apa kita buat adalah salah. Kita cuma sedar bila ditangkap polis, bila kena tegur oleh ibu-bapa ataupun boss tempat kerja kita. Jadi, adalah lebih baik bagi kita untuk menyedari apa keburukan kita terlebih dahulu supaya kita lebih berwaspada dalam meniti kehidupan.

Lagi satu, apakah potensi kita ? Kita selalu dengar bahawa kebanyakan orang yang bekerja mengatakan apa yang dia belajar di kolej atau universiti, cuma pakai dalam 10 % atau 20 % sahaja dari apa yang dipelajari dalam alam pekerjaan mereka. Mengapa ini berlaku ? Sedangkan mereka belajar 3, 4, atau 5 tahun mendapatkan diploma dan ijazah masing-masing. Alangkah ruginya begitu. Alangkah bagusnya bila dia ambil kursus yang berpadanan dengan diri dia. Contohnya, saya sendiri. Saya mengambil kursus kejuruteraan elektrik. Kerja pula dalam industri komputer dan telekomunikasi. Berniaga pula dalam industri telekomunikasi, pendidikan dan percetakan. Bila perniagaan tak kemana, baru belajar mengenali rahsia diri dan praktikkan. Alhamdulillah, so far so good.

Contoh lain adalah isteri saya. Ada degree dalam Kejuruteraan Elektrik. Tetapi, bekerja sebagai bank officer, yang sama dengan Rahsia Tarikh Lahirnya. Alhamdulillah, tiada permasalahan dalam kerjaya beliau. Adakah itu Suratan atau Kebetulan ??

Kita disuruh untuk mencari ilmu dan berusaha untuk memantapkan kehidupan kita untuk bahagia di dunia dan di akhirat.

Terpulanglah pada anda pembaca budiman sekelian. Terpulanglah pada keterbukaan anda untuk menerima sesuatu yang baru. Terpulanglah pada anda mengubah hidup anda hari ini dari banyak problem ke kurang problem. Terpulanglah pada anda untuk mengubah hidup anda dari serba kepayahan kepada kesenangan.

Kenapa seseorang itu berjaya atau tidak pun bergantung dengan cara dia berfikir dan berapa terbukanya dia dengan kuasa yang ada pada ILMU dan KAJIAN tentang sesuatu. Dengan ilmu, dan kajian kita boleh naik ke bulan. Dengan ilmu dan kajian kita boleh baiki kereta. Dengan ilmu dan kajian kita boleh ada lampu yang terang-benderang menerangi malam. Dan biasanya orang yang mengkaji itu dan berilmu itu, potensi dia untuk kaya sangat tinggi

Bagi saya, tak salah mempelajari dan mempraktikkan ilmu Mengenali Diri Melalui Tarikh Lahir ini. Kalau saya silap, tolong perbetulkan saya.

Fikir-fikirkanlah. Anda tidak dipaksa untuk percaya.

Wallahualam.

Next Page »