August 2008


Jom kita mengira nombor asas Tarikh Lahir Anda.

Ada dua cara mengira:

1) Cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan kita

2) Cara mengikut Kaedah Pengiraan Greek

Kita ambil contoh tarikh lahir ini – 16 06 1965. Ingat bahawa kita mencari nombor satu digit sahaja.

Kiraan yang biasa digunakan oleh kebanyakan kita adalah seperti berikut:

1+6+0+6+1+9+6+5 = 34.

Kemudiannya 3 + 4 = 7

Jadi, nombor asas tarikh lahir ini adalah 7. Elemen 7 ini adalah Air.

Analisa nombor 7 secara dasar adalah:

1) seorang yang sangat berkemahiran dan sangat teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Kira memang “attention to details” lah.

2) Dia juga tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah membantunya. Sangat menghargai kesyukuran dan berterimakasih.

3) Penuh dengan ghairah dan cinta

4) Menarik ramai orang.

5) Suka mengejar kemasyuran dan sentiasa mempunyai tuah.

6) Mempunyai banyak perkara yang nak diperkatakan.

Yang tak bestnya pulak:

1) Suka berlawan cakap dan sentiasa nak menang.

2) Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya

3) Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah dan mudah menukar keputusan

4) Bukan seorang yang tegas
Begitulah lebih kurang karektor individu yang mempunyai nombor asas = 7

Menarik bukan? Setakat kita cuma belajar karektor sahaja. Belum lagi kedudukan kewangan, kesihatan dan pekerjaan/perniagaan yang elok di lakukan.

Jumpa lagi. Kita belajar pulak nombor-nombor asas dan elemen lain.

Sains metafizik adalah satu bidang kajian tentang kehidupan nyata. Ia merupakan satu cabang falsafah yang menjelaskan tentang realiti dan ilmu pengetahuan. Ianya merangkumi:

1) Epistemology (teori tentang ilmu pengajian),

2) Ontology (pengajian tentang kehidupan nyata)

3) Cosmology (teori tentang alam semesta dan hukum-hukumnya)

Kemajuan dalam sains metafizik menemukan kombinasi 4 ideologi dan teori yang menakjubkan. Ianya adalah:

1) Teori Phytagoras tentang Numerologi. Phytagoras digelar “Bapa Numerologi Moden”

2) Teori Falsafah China

3) Penemuan analisis simbolik

4) 5 elemen (Wu Xing) yang terdapat di dalam buku I Ching.

Dengan Tarikh Lahir (hari, bulan dan tahun) seseorang itu dilahirkan, karektor seseorang itu boleh diketahui. Ianya adalah berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan beribu-ribu tahun dahulu.

Selepas ini, kita akan mengira pulak. Jom !

Setiap benda di alam semesta bergetar pada frekuensi mereka tersendiri. Dengan menemukan kadar getaran mana-mana objek, ianya boleh membina kualiti dan tenaga berkaitan dengannya.  Keseluruhan alam semesta dicipta oleh corak-corak matematik dan semua perkara boleh dijelaskan melalui Nombor yang bersamaan dengan getaran alam semesta.

NOMBOR ini boleh menentukan PERSONALITI dan PERWATAKAN seseorang. Apa kebaikannya dan apa keburukannya. Dengan membongkar secara mendalam, melalui tarikh lahir juga, kita dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan Yang Sesuai, Halatuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain. Metodologi ini dinamakan Rahsia Tarikh Lahir

Teruskan membaca blog ini dan sama-sama kita memperolehi pelajaran..

Kaedah ini bukannya menilik nasib, meramal nasib ataupun yang sewaktu dengannya.

Ianya adalah memahami apa yang terkandung di dalam ketetapan hidup, supaya kita boleh merangka strategi untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikan, keceriaan dan peningkatan yang boleh dilakukan untuk kejayaan kita di dunia dan akhirat.

Ia dapat dan boleh membantu manusia merangka jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan dan bermakna serta membuatkan kita puas dan bahagia dalam kehidupan kita.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.